muka

Thursday, June 15, 2017

WANITA PALING MALANG KARYA MYZA SYAH

..DAPATKAN NOVEL SULONG KARYA MYZASYAH "WANITA PALING MALANG" TERBITAN HUMAIRA PUBLICATION

https://youtu.be/9_iTykecLEU

...lama sungguh tak update... very the bzy with my life... so..kite layannnn...

Wednesday, May 29, 2013

CERPEN LARANYA HATI


            “Dummm!..” dentuman guruh di luar rumah mengejutkannya dari mimpi yang indah.  Zanariah memandang ke luar tingkap.  Cuaca mendung dan hujan mula membasahi bumi.  Dia menatap jam dinding yang  disangkut sebelah almari baju.  9.30 pagi.  Mentang-mentang lah hari ini dia uzur terlewat pula bangunnya. 
            “Nak ke mana kalau dah hujan pagi-pagi nih..”bisiknya dalam hati.  Dia bersandar sambil membetulkan rambutnya yang mula beruban.  Dalam lingkuan umur yang sudah memasuki 40an dia amat risau akan perubahannya.  Dia memgambil cermin muka dan seperti kebiasaan dibelek wajah yang mula menampakkan kedutan di bawah mata dan dahi.  Matanya yang kuyu ditatap dengan pandangan kosong.  Tahi lalat di bawah bibir yang menjadi iguan semua lelaki diusap perlahan.  Dia tersenyum.  “Ah...tua tetap tua...”bingkasnya lalu mencapai tuala untuk mandi.

            Usai merapikan diri dia ke dapur mencari-cari apa yang perlu dimasak untuk diisi perutnya yang mula berdendang.  “Huh, tak kan nak makan mee maggi pagi-pagi nih...” detiknya apabila terpandanng sebungkus mee maggi di atas petti ais.  Matanya meliar memandang setiap sudut dapur yang kecil ruangnya.  Jarang sekali dapur itu berasap.  Sejak dia sendirian setelah pemergian Azam setahun lalu dia jarang sekali masak.  Sekadar mengisi perutnya seorang nasi lemak bungkus sudah mencukupi.  Namun jika Zamri akan tunggalnya pulang dari Kuala Lumpur sesekali baru dia akan masak makanan kegemaran Zamri.

            Dia memandang luar tingkap, hujan sudah menunjukkan akan reda.  Dia ke bilik untuk bersiap.  Janjinya dengan Kak Mona untuk bertemu di kedai jahit Leha pagi itu tak kan dilupakan.  Kak Mona ingin mendapatkan pandangannya untuk menempah baju nikah  anak perempuannya yang akan bernikah pada hujung bulan ini.

            “Zana, warna peach ni elok tak ye..?” Kak Mona menghulurkan kain yang dimaksudkan.   Zanariah membelek penuh teliti.  Diusap perlahan untuk merasai kelembutan kain tersebut. 
            “Sempat ke nak jahit ni Kak?” tanyanya lantas beralih kepada labuci-labuci yang telah sedia dibeli untuk dihias pada baju berkenaan.
            “Insyallah sempat, kalau hari ni dah putuskan saiz dan fesyen apa yang nak.  Untuk jahit labuci Leha boleh hantar kedai kawan Leha.  Semalam Leha dah call dia dah dan dia sanggup amik...” Jelas Leha panjang lebar.  Wanita yang sedikit gempal itu tersenyum sambil tangannya meneruskan jahit tangan pada baju yang telah siap dicantum.    Zanariah memandang Mona yang sedari tadi membelek buku fesyen-fesyen terkini.
            “Budaknya mana Kak Mona? Nape tak bawak sekali?..” dia bersuara sambil turut serta membelek buku tersebut.
            “Dia kerja, tak dapat cuti, sok-sok nak cuti panjang.  Ni dia ikut jer apa plan akak, tu yang akak ajak Zana bantu akak...” Kak Mona menyerahkan buku fesyen kepada Zanariah lantas bersuara, “Zana tolong tengok muka yang depan dengan yang akak lipat ni, mana satu paling sesuai dan menarik...” pintanya.
Zanariah menurut sambil berkerut membayangkan bagaimana keadaannya bila dipakai oleh anak Kak Mona yang berkulit putih kuning dan sederhana ketinggiannya. Selesai membuat pilihan mereka meninggalkan kedai itu dan menuju ke deretan kedai kecil untuk mengisi perut.

            “Assalamualaikum, Puan Zanariah ker?..” Tiba-tiba mereka disapa seorang lelaki separuh abad.  Zanariah memandang lelaki itu dengan wajah yang amat terkejut.  Dia bagai tidak percaya apa yang dilihatnya. 
            “Halim ke nih?..” sahutnya perlahan. Jantungnya berdegup kencang.  Matanya memandang Kak Mona yang sedang terpinga-pinga kemudian beralih kepada lelaki yang dipanggil Halim
            “em..ingat lagi pun muka aku nih..” Halim tersenyum simpul.

***********************************************
            Hatinya rawan.  Sukar baginya untuk membuat keputusan.  Bagai ditelan mati emak diluah mata bapak.  Matanya menyoroti gambar lama yang  agak kelam.  Zahid, Amin, Azam dan Halim.  Mereka semua berdiri manakala, Zuman, Midah, Linda dan dia yang mana bahunya dipegang Halim.duduk di baris hadapan.  Memorinya masih kuat untuk mengingati  mereka.  Yang telah pergi untuk selamanya hanya Azam, suaminya akibat diserang jantung.
            Air matanya mula bergenang.  Terasa sebak dan pilu menguasai diri.  Tika gambar itu diambil dia leka melayan  cinta Halim dan langsung tidak mengetahui yang dirinya diminati oleh Azam dalam diam.
            “Mama, mama kena fikirkan hidup Zam atau  Zam akan buat keputusan Zam sendiri.....” kata-kata Zamri pula terngiang-ngiang.  Terperanjat betul Zamri bila tahu Halim telah datang untuk melamar mamanya.  Dia hanya membisu.  Namun jauh di sudut hati jiwanya memberontak.  Begitu kecil dunia ini.  Bapa Suhana adalah cinta lama mamanya.  Bagaimana dia hendak menghadap Suhana jika mamanya menerima lamaran Halim?..Bagaimana dia hendak menerima kenyataan cintanya bertukar  kepada adik beradik tiri pula.  Zamri terus merajuk hingga kini tidak pulang lagi.


*******************************************
           
            “Kita fikirkan hal anak-anak kita la ye...” Zanariah bersuara setelah sekian lama membisu.  Air limau suam yang dihirup tinggal separuh gelas.   Hidupnya tak penting kini.  Biarlah cintanya dulu tidak kesampaian asalkan dia dapat membahagiakan anaknyayang seorang itu.  Lagipun apa kata kawan-kawannya nanti bila tahu dia bertemu cinta lamanya dalam usia yang sepatutnya sudah menimang cucu.
            “Aku dah lama tunggu kau Zana...” Halim bersuara perlahan.  Ada sedikit kekecewaan dalam nadanya.
            “Kita tak boleh fikirkan diri kita jer Lim, hidup anak-anak lebih penting sekarang.  Aku tak mahu dek kerana cinta lama kita, anak-anak tak boleh menerima kita, biarlah kita beralah..” Zanariah memujuk.  Baginya kisah lama biarlah tinggal sejarah dalam hidupnya, sejarah yang tak mungkin dia ulangi lagi, bukan kerana dia kesal menemui cinta Halim tapi kerana dia perlu terima bahawa mereka hanya ditakdirkan untuk bercinta dan  bukan untuk hidup berumahtangga.  Dia tahu betapa dalamnya kasih dan cinta Halim padanya. 
Halim terus menghilangkan diri selepas pernikahannya dengan Azam.  Sebulan selepas itu dia dikhabarkan Halim sakit dan sedang dirawat di psikitrik.  Setengah tahun dia di sana barulah dia bertemu cinta baru.  Suhaila jururawat yang sering merawatnya akhirnya dapat merawat sekali luka hatinya. 
Zanariah memandang Halim yang membuang jauh pandangan ke arah jalan.  Dia tahu sekali lagi dia terpaksa mengecewakan Halim.  Kalau dahulu dia menolak Halim kerana permintaan orang tuanya yang sudah berkenan dengan Azam yang lebih dahulu bertindak.  Dia tidak mampu menolak kerana tika itu ibunya sedang menghadapi tekanan darah tinggi dan jantung.   
            “Kalau dah macam tu...aku ikut jer la permintaan kau Zana, kita memang tak ada jodoh.”  Halim akhirnya mengalah.  Dia akur dengan kehendak  Zanariah.


***********************************************
  
            “Abang Zam, Su tak sampai hati lah tengok abah tu.  Sejak akhir-akhir ni menung jer.  “ adu Suhana suatu petang. 
            “Abah ingatkan mak abang ke?...” Zamri mula meneka.
            “Ye la kot, sebab minggu lepas dia ada bagitahu Su yang dia tunggu orang tua Abang datang merisik.”
            “Abang dah bagitahu mama dah, mungkin hujung bulan ni mama datang. “ jelas Zamri.  Namun jauh di sudut hati Suhana dia amat merisaukan keadaan Halim yang kini semakin tidak terurus.   Halim sering kali dilihat bermenung di belakang rumah dan sesekali kedengaran dia merungut dan memarahi sesuatu seorang diri.  Bila Suhana  mendekati Halim terus membisu dan melelapkan mata.
            “ Tu lah, abang dah cakap, abang tak boleh hidup kalau Ila tak ada dalam hidup abang...” Halim memandang pohon kayu yang sebesar pemeluk. 
            “Anak kita dah kahwin tu, siapa nak urus?..Abang tak larat buat sorang-sorang..Ila balik la tolong abang...” rayunya lagi.  Matanya tetap memandang tepat pada pohon tersebut.  Hatinya sedih teramat sedih.  Baginya Suhaila yang memahami hati perasaannya kini.  Namun kenapa Suhaila tidak menemuinya sekarang?..Dia lupa ke mana isterinya itu pergi meninggalkannya.
            “Abah....mari masuk rumah...” Suhana memujuk.  Dia duduk di sebelah Halim yang sedang mengesat air mata yang mula mengalir tadi.  Rindunya pada Suhaila sudah tidak mampu diucapkan.
            “Abah tunggu ibu kau balik, kan kau nak kahwin..sapa nak urus?..”  Halim mengais-ngais tanah menggunakan kakinya yang tidak berkasut.  Nampak kotor kakinya itu.
            Suhaila mula teresak.  Mana mungkin ibunya kan pulang..Ibunya telah dijemput Ilahi  dua tahun lalu.  Dan dalam masa itu juga dia lah yang menemani Halim yang kesunyian.  Setelah pertemuan dengan Zanariah, Halim  nampak lebih bersemangat, namun hatinya terluka kini.  Suhana binggung dengan situasi sekarang.  Dia tersepit dengan dua persimpangan.  Mampukah dia melukakan hati abahnya demi menyepurnakan cintanya terhadap Zamri?

************************************************

            “Suhana...” panggil Halim dengan suara yang amat lemah.  Suhana cepat-cepat merapati Halim yang terbaring di ruang tamu.  Zanariah, Kak Mona dan Zamri hanya memerhati dari jauh. 
            “Abah, ni Su..abah...” Suhana teresak lagi.  Tidak disangka setelah terjatuh dari bilik air lewat petang semalam, Halim terus tidak mampu membawa diri.  Hendak di bawa ke hospital pun dia tidak mahu.
            “Jaga diri kau S... abah...er...dah tak larat lagi...er..ibu kau dah datang panggil abah...” Halim bersuara tersekat-sekat.  Matanya melirih kea rah Zanariah yang sudah tersedu-sedan.  Hatinya amat tersayat melihat keadaan Halim. Tidak disangka Halim akan merana sebegitu sekali. 
            “Mengucap bah...” tangis Suhana semakin kuat.  Imam Harun memberi isyarat agar Suhana beralih untuk memberi laluan kepadanya agar dapat memimpin Halim di saat-saat genting itu.  Setelah satu persatu Kalimah Syahadah dibaca dengan nada yang tersekat dan semakin hilang, Halim terus memejam mata.  Hembusan nafas terakhirnya amat menyentap jantung Zanariah. Wajah Halim yang tenang dipandang penuh kesayuan.  Dia tunduk tersedu-sedu.  Kak Mona memeluknya erat. Tidak disangka sahabatnya itu hidup penuh pengorbanan.  Zamri turut memeluk mamanya penuh penyesalan.  Dia turut kecewa kerana pengorbanan mamanya turut melukakan hati kekasih hatinya Suhana.
            Hatinya bertambah pilu mendengar ratapan Suhana yang sudah terdampar di sisi Halim.  Zanariah memandang sekilas kea rah Halim sekali lagi.  Hatinya berbisik, “Maafkan aku Halim, kerana aku, kau merana sebegini...Maaf kan aku...semoga kau bahagia di sana bersama cintaNya.....”

..MIA MYZA/..

CERPEN RINDU YANG TERSISA


            “..di mana kau sayang...aku di sini dalam kedinginan... semoga mentari kan menjelma menyinari...dengari lah sayang... akan ku coretkan nota cinta... agar kau mengeti rindu ku ini yang tersisa ...”  alunan lagu slow rock 80an berkumandang di seluruh ruang bilik yang agar kecil itu. 
Tiba-tiba bayangan Amin, jejaka yang pernah memenuhi ruang isi hatinya bermain di fikiran. 
            “Entah di mana dia sekarang...kasihnya tidak kesampaian hanya kerana perkara kecil yang dia sendiri tidak sengajakan,  Amin terus menyalahkan dirinya dan berlalu pergi.  Tika itu dirasa dunianya gelap.  Impiannya musnah kerana impiannya hanya dengan Amin, janjinya juga hanya dengan Amin.

            “woi!...berangan ea....” Shima tiba-tiba menyergah menyentap lamunannya.  Dia menarik muka menunjukkan wajah yang konon merajuk.
            “Eh..minah, hari ni kau tak de temujanji ker?...”
            Hanya gelengan yang dibalas.  “Tu anak Mak Long Hitam yang nak kawin minggu depan tu job kau ker?...”  Wajah Ayuni mula berkerut seperti mengingatkan sesuatu. 
            “Oh!.. a’ah la..esok aku kena prepair barang tuh...nasib kau ingatkan Ma...”  Ayuni terlompat dari katil dan bersiap-siap.
            “Kau nak ke mana tuh?..” Shima terpinga-pinga.
            “Teman aku ke Bandar Ma..nak cari barang sikit..”
            “Huh...aku jugak kau cari kan..kalau ikut hati malas nak keluar..tapi kalau kau nak belanja makan aku ikut...” Shima mula mengusik.  Saja dia ingin mengenakan rakannya itu.
            “Em..ajak teman pun mintak upah...em ye lah nanti aku belanja kau makan nasi lemak dengan kopi o jer...”
            “..kedekut kau ye..duit banyak-banyak buat apa cik Ayu oii...”
            “Aku nak simpan la nak wat majlis kawin aku kat hotel besor...”
            “Em..ye lah tuh...jap aku siap. Kau tunggu kat kereta ea..” Shima bangun cepat-cepat dan berlalu dari situ.
            “Aku nak kahwin dengan sapa?..pak we pun dah lari...”...detik hatinya.   Sejak Amin pergi dia terus sendirian.  Minatnya yang mendalam dalam bidang andaman direalitikan hingga berjaya.  Kini dia sudah mampu mempunyai pelanggan sendiri.  Butik kecil yang dimilikinya atas titik peluhnya sendiri diusahakan dengan penuh gigih.  Shima yang menjahit sepenuh masa juga mempunyai kedai jahit memudahkan lagi urusannya.  Sahabat itu lah yang banyak membantu mempromosikan butik andamannya.  Sesungguhnya dia banyak terhutang budi.

************************************************

            “Hai! Kak Ayu!...”  Tiba-tiba panggilan itu mematikan langkah mereka yang sedang asyik membelek-belek bunga dari satu gedung.  Kedua-duanya menoleh ke  arah si pemanggil.  Kelihatan seorang gadis manis berpakaian ringkas dengan ditemani ibunya merapati mereka.
            “Eh,  Mira..apa khabar?..Mak Nah, apa khabar?...” Ayuni bersuara dan mereka bersalaman.  Dari mana ni?..sambungnya.
            “Dari pasar tadi, dan terus ke gedung ni nak cari barang kahwin..” Mira bersuara perlahan sambil tersipu.  Manis senyumannya jelas kebahagiaan yang bakal ditempuh.
            “Oh dah nak kahwin dah Mira ni...” Shima pula bersuara.
            “Alhamdulillah kak...tu yang tadi sebelum ke pasar kami singgah rumah akak tapi bertutup rapat, jadi kami ke pasar dulu tak sangka jumpa akak di sini, rezeki kami la..” terang Mira. Senyumnya makin melebar.
            “Bila tuh?..” Tanya Ayuni dengan hati berbunga.  Syukur rezekinya tak penah henti.
            “ Cuti sekolah bulan depan Kak Ayu?..boleh tak?..alah boleh la ye...” suara Mira penuh mengharap. 
            “Oh cuti sekolah akak belum ada tempahan lagi, Insyallah.  Esok Mira datang butik akak bawah bakal suaminya sekali ye.”
            “Err..kak Ayu, ni nak tempah untuk dua pengantin kak Ayu..”
            “Dua?”...Mira angguk lantas menyambung, “ Ingat tak Kakak Long Mira yang kerja kat Shah Alam tuh?...”
            “Maria ker ?“  Giliran Shima pula menyampuk.  Anggukan Mira membuatkan Ayuni tersenyum.  “Ya Allah, lama akak tak jumpa Maria, dah nak kahwin dia...em dapat orang mana Mira? Pak we dia yang dulu tuh jugak ker?..” Tiba-tiba jelas terbayang wajah Hamdan yang digelar pelajar skema kerana sentiasa berbutang baju hingga ke leher.  Teman rapatnya tika itu adalah Amin yang sentiasa membela jika ada yang cuba membuli Hamdan.  Dek kerana sikap tanggungjawab Amin itulah dia mula berkenan dan hubungan mereka pun terjalin.
            “Ah!..berangan lagi la tuh!...” Shima menepuk bahu Ayuni membuatkan Ayuni tersentak lagi.  Tepukan itu dibalas dengan hilai tawa Mira dan Mak Nah yang sejak tadi hanya membisu.
            “Sakit lah Ma, kau nih....dah lah..kita dah lambat ni...eh Mira, esok akak tunggu Mira di Butik ye...” Ayuni memotong gelak tawa itu sambil mengusap tempat yang ditepuk Shima tadi.  Memag terasa pedih sedikit, namun dia mengeti rakannya itu memang kasar sedikit gurauannya.
            “Em..Kak Ayu, Mira cuma bawa tunang Mira je ye, lagipun saiz badan bakal suami Kak Long  sama jer dengan saiz tunang Mira..”
            “Em, tak kisahlah tuh, kita jumpa esok ye, Assalamualaikum..” Mereka bersalaman dan Ayuni meneruskan cariannya yang terbantut tadi.
            “Em, Maria dah nak kahwin dah, kau tu bila pulak?...” Shima bersuara tatkala mereka masuk dalam perut kereta.
            “Aku tunggu Amin....” Lancang sekali mulutnya berkata demikian.  Air matanya sedikit berair bagai menjelaskan betapa dia merindui lelaki itu.
            “Mana tau dia jadi pengapit Hamdan.....”sambungnya. Dia menghela nafas panjang bersama harapan dan kerinduan yang tidak terkata.  Dia sudah berkira-kira jika  Amin yang akan menjadi pengapit Hamdan dia akan berterus terang dengan apa yang telah berlau itu adalah salah faham dan mereka akan sama-sama menjadi pengapit kedua mereka kerana itu janji mereka.  Hatinya mula berbunga.  “Ya Allah, kau berikan lah kebahagiaan ini...” doanya dalam hati.


************************************************
           
            Tiba masa hari yang dinantikan, Ayuni bersiap-siap untuk ke rumah Mira.  Hari ini adalah hari bersejarah buat Mira dan yang penting sahabatnya Maria.  Sebelum ini mereka pernah berhubung seketika tetapi tidak dapat berbual lama kerana Ayuni sibuk melayan pelanggan di butik.  Mereka hanya berjanji akan bertemu di hari penikahan.  Dan yang paling Ayuni seronok Maria menyatakan Amin turut hadir.
            “Assalamualaikum...Ayuni bersama Shima sudah terpacul di pintu bilik Pengantin.
            “Eh, Maria mana?..” Tanya Ayuni apabila melihat hanya Mira yang bertemankan seorang rakaan yang akan menjadi pengapitnya.
            “La..Kak Long di biliknya la Kak Ayu, mana boleh syer....hihi..” Mira bersuara sambil tersenyum sipu.
            “Oh ye tak ye jugak eh...., em akak soleh Mira dulu lah ye, nikah jam berapa?”  Ayuni mula mengeluarkan perkakas solekannya.
            “Jam 10.00 pagi kak...tapi solek ni jangan tebal sangat ye kak...” Beritahu  Mira sambil beralih ke kerusi yang telah dikhaskan untuk diandam.  Shima sebagai pembantu hanya diam sambil sibuk mengeluarkan baju persalinan yang akan dipakai untuk majlis bersejarah mereka.
            “Insyallah sempat, solek natural jer tak lama..” kata Ayuni sambil memulakan tugasannya.
Selesai menyiapkan Mira Ayuni dan Shima beralih ke bilik Maria yang sedang sedia menunggu.
            “Hi Mar....Selamat Pengantin Baru...” Mereka berpelukan.  Maria hanya tersenyum dan mereka tidak banyak berbual kerana Mak Nah telah memaklumkan pengantin lelaki telah bergerak ke rumah mereka. 
            “Semoga kau bahagia Mar....” bisik Ayuni setelah selesai menyiapkan rakannya itu. 
            “Kau jangan lah nampak sedih aje, penat aku solek nak bagi kau nampak berseri...” Ayuni mengusik dan dia hairan sejak mereka bertemu tidak banyak yang mereka bualkan.  Maria lebih selesa tersenyum dan selebihnya dia hanya berdiam. Ayuni dan Shima yang banyak berceloteh.

            “Kak Long...dah siap?..tiba-tiba Mira yang cantik berpakaian nikah menjengah di muka pintu.
            “A’ah..dah..pengantin lelaki dah sampai ker?..” Ayuni yang bersuara lantas tangannya memimpin tangan Maria untuk dibawa ke ruang hadapan untuk acara pernikahan.  Tiba-tiba Ayuni terasa Maria membalas   genggaman itu dengan erat sekali.  Ayuni menoleh kearah Maria sambil mengangkat kening takut-takut ada yang tertinggal.
            “Aku minta maaf Ayu...”   Dia melihat air mata Maria mula bergenang.
            “Eh, kenapa pulak nih?..tak mengapa lah, aku perasan kau tak banyak cakap tadi, mesti kau penat dan gugup kan...tak pe aku duduk sebelah kau ye...” Ayuni menenangkan dan mereka melangkah ke luar.   Maria mengambil tempat di belakang Mira.  Ayuni ingin sekali memandang ke arah pihak pengantin lelaki tetapi niatnya dibatalkan takut orang yang memandang berkata apa pula.
            “Assalamualaikum, kepada semua yang hadir. “ Kedengaran suara Pak Imam memulakan majlis dengan menggunakan pembesar suara. 
            “Majlis pernikahan yang akan berlangsung pada hari ini adalah antara Encik Amin Muazim bin Jamaluddin dengan  Cik Maria Alia binti Salleh dan pasangan Encik Mohd Hafiz bin Mohd Ghazali dengan Cik Mira Ashikin binti Salleh.  Semoga majlis ini akan berjalan dengan selamat”
            Tanpa berlengah Ayuni terus mengangkat muka mencari wajah Amin Muazim yang diperkenalkan sebagai pengatin lelaki yang akan dinikahkan dengan Maria.  Jantungnya berdegup kencang tatkala mereka berpandangan antara satu sama lain.  Ayuni terduduk dan air matanya tidak dapat dikawal lagi.  Maria yang sejak tadi ingin menerangkan hanya mampu menangis dan tersedu.  Tatkala acara membatalkan air sembahyang, sekali lagi Ayuni berpandangan dengan Amin Muazim.  Hairan di manakah Hamdan  yang tidak kelihatan seperti yang dijangkakan. 

*****************************************
            Sudah seminggu Ayuni tidak ke butik.  Puas Shima memujuk agar melupakan segala yang berlaku dan anggaplah ini adalah takdir Tuhan.  Ayuni memejam mata erat.  Masih jelas terpandang bagaimana dia menyiapkan Amin Muazim yang akan bersanding dengan sahabatnya Maria.
            “Ami minta maaf Ayu....Ami terpaksa demi sahabat kita...” Amin Muazim bersuara perlahan tika Ayuni membetulkan tanjak di kepala.  Ayuni tetap membisu.  Entah dari mana datangnya kekuatan Ayuni tika itu sedangkan semasa acara pembatalan air sembahyang dia serasa dirinya di awangan dan hilang dari alam nyata.  Bagai tidak percaya Amin Muazim menyarung cincin ke jari manis Maria dan bukan di jari manisnya.
            “Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir...arwah Hamdan meminta Ami menggantikan tempatnya menjaga Maria. Ami tak mampu menolak masa tu..” Esakan Maria semakin kuat tatkala mendengar penjelasan Amin Muazim kepada Ayuni. 
Ayuni dimaklumkan oleh Mira bahawa Maria telah bertunang dengan Hamdan setahun yang lalu.  Namun jodoh mereka tak panjang, Hamdan yang tika itu mengidap penyakit kanser usus telah berada di tahap 4 dan tidak dapat diselamatkan lagi.  Air mata Ayuni mengalir lagi.  Dia sendiri tidak pasti air mata untuk siapakah ini. Adakah kerana sedih mengenangkan Hamdan yang telah pergi menemui Ilahi atau air mata kesedihan kerana impian yang diharapkan telah musnah dan yang tinggal hanya kerinduannya  yang bersisa kini.


MIA MYZA... 


             

CERPEN TAUTAN KASIH


            “Berani kau ye...” Suria menemplak.
            “Aku dah suka..macamana pun tetap dah suka...walau...”
            “..walau apa pun terjadi?..” Mata Suria dan Masdiana bertembung.
            “Kau ni memang degil lah! Tah apa yang kau pandang kat dia tuh..” Suria menutup buku sambil membetulkan kedudukannya. Kali ini dia mesti cakap dengan rakannya itu. Degil! Itulah lemparan yang sesuai untuk Masdiana yang berani mengusik sarang tabuan.

            “Cinta tak kenal usia dan tak kenal siapa Su...” Masdiana tetap pertahankan pegangannya.  Walau ramai yang telah bercerita akan halnya mempunyai hubungan dengan Cikgu Afzam dia tetap tidak peduli. Baginya lagi ramai yang tahu lagi bagus, tak adalah yang akan ganggu guru muda pujaan hatinya.
            “Kau kena fikir jugak hati isterinya, Mas...” Suria masih tidak jemu menasihati.  Sebagai rakan dia tak sanggup Masdiana terusan menjadi kutukan dan umpatan satu sekolah.
            “Kau jeles ye...lepas SPM dia janji nak pinang aku la Su...”
            “Isterinya macamana?..” Mata Suria terbeliak bagai mahu ditelan rakannya yang putih gebu itu.  Bibir yang kecil dan berlesung pipit di pipi kiri menampakkan lagi kemanisan Masdiana, namun sayang Masdiana telah terperangkap dengan cinta suami orang. 
Memang Cikgu Afzam kacak dan segak orangnya dan memang sepadan dengan Cikgu Ria yang kecil molek. Tapi mengapa Cikgu Afzam masih memandang Masdiana? Apa kurangnya Cikgu Ria?
            “Aku bukan jeles la Mas, tapi aku tak nak nanti kau yang akan gigit jari..lepaskan lah dia Mas, tak sampai ke mana pun, percaya la..” Suria meyakinkan. Dia amat yakin Masdiana akan kecewa kelak. 
            “Soal isterinya terima atau tidak bukan masalah aku, Su..yang penting abang Afzam dah janji akan datang pinang aku lepas SPM nanti dan dia janji akan bantu aku untuk ke Universiti untuk capai cita-cita aku.” Masdiana bersahaja. Milo ais yang sudah sedikit cair dek air batu berlebihan terus dihirupnya lantas bangun menyandang beg sekolah purple.  Rambut yang tadinya dibiar mengurai diikat satu tanpa disikat.
            “Lepas  dah jadi tunang abang Afzam aku nak pakai tudung...”
            “Keh..keh..keh....” Gelak Suria mematikan langkah Masdiana. Dipandang tubuh Suria yang agak gempal dengan baju kurung yang sedikit singkat.
            “Nape kau ketawa?..Salah ke aku cakap?...”
            “..tak salah...Cuma aku kelakar dengar azam kau tuh....” balas Suria dengan bersisa tawanya.  “ Apa yang kelakarnya?..tak baik ke tuh?..” Masdiana terus menonong  menuju ke kantin. 
“..Ye la..berapa lama jer  tahannya azam kau tuh...hehe..”
“Kau tengok je la nanti...” Masdiana mempercepatkan langkahnya.  Lama di Pusat Sumber dengan tumpuan yang kurang semasa mengulang kaji membuatkan perutnya menyanyi-nyanyi minta diisi.
            “..lapar la tuh...” Suria berlari anak menngejar langkah rakannya yang laju.
            “Kau pun kena berazam untuk jaga badan jangan nanti kau yang ditinggalkan pulak, maklumlah Cikgu Ria tu cantik dan bergaya nak dibanding dengan kau...em.....”  Suria terus membakar agar rakannya berundur.
            “Aku belum kerja memang lah nampak selekeh...tunggu la lepas aku kerja nanti...kau pun jangan menangis pulak tengok aku nanti....” Masdiana mengejek.  Jauh di sudut hatinya sedikit runsing.

**************************
            Buku Aktiviti Sejarah dicampak ke tepi.  Perlahan-lahan ditarik keluar gambar Cikgu Afzam dari diari pink yang menjadi temannya selalu.  Lelaki awal 30an berkumis halus dengan kening yang sedikit lebat direnung sedalamnya bagai mencari sejauh mana kejujuran dan keikhlasan lelaki itu. Hatinya mula khuatir dan resah.  Hiss!..jahatlah Suria nih..takut-takutkan aku jer tuh.. Dia menyedapkan hati.  Tangannya menggapai laci di tepi katil tiba-tiba jatuh sekeping gambar yang telah lama disimpan.
            Gambar yang agak kelam itu pula ditatap dan hatinya mula sebak.  Firuz...entah di mana dia sekarang. Gambar  jejaka yang dikenali semasa bersekolah di asrama 3 tahun lalu mula menyentap hatinya.  Jejaka itulah orang pertama yang  disayangi dan dirindui dahulu.  Jejaka itulah yang mengajarnya apa itu cinta...ahh..Cinta Monyet!...Air matanya tak dapat di tahan lagi.

            “Masdiana...maafkan saya..saya terpaksa bertukar ke Sabah atas sebab yang tak dapat dielakkan..saya tak sanggup bagitau Mas sebab saya tak mahu Mas kecewa..ada jodoh kita akan berjumpa lagi...Selamat Tinggal Sayang...” Coretan akhir yang dikirim melalui Minah Gempol amat menyentap jantungnya.  Masdiana terkedu dan hanya menangis.  Sampai hati Firuz tinggalkan dia.  Sampai hati Firuz buat dia merana hingga pencapaian pelajarannya agak merundum semasa Peperiksaan Akhir Tahun tika itu.  Semuanya salah Firuz.  Dia sendiri tak tahu mana nak cari Firuz. Hanya yang difikirkan, mungkin Firuz sudah ada teman yang lain...huh...

************************
            Peperiksaan SPM telah dua minggu berlalu.  Dua minggu itu juga lah Cikgu Afzam tidak menghubunginya dan talian telefon bimbitnya juga seolah ditutup.  Masdiana binggung dan resah.    Suria telah pun ke Kuala Lumpur mengikut kakaknya berniaga di sana. 
            “Kalau nak tunang jangan senyap-senyap tau..tolong helo helo kat member nih..” Pesan Suria sebelum pergi.
            “Malu aku kalau tak jadi.....” Desis hatinya. Dia cuba menghubungi Cikgu Afzam melalui laman sosial Facebook pula namun hampa.  Apa dah jadi nih?.. Dia membuka semula Pesanan Ringkas yang diterima dari Cikgu Ria sebelum Peperiksaan berlangsung.
“ Terima kasih kerana membuka mata saya memandang yang nyata, andai tidak, saya akan terus lena..semoga anda akan berjaya dan percayalah jika Allah restui apa yang anda lakukan maka akan bahagia lah anda. “ –Ria-
            “huh..!”dia menghempas badan ke tilam empuk.  “Apa maksud dia ea?..perli aku ke?..” dia berteka teki sendiri.
            “em...biarlah....”
            “Mas!...panggilan telefon nih!...jerit Mak Nah dari dapur.  Sambil membebel kerana sedari pagi dia bertungkus lumus di dapur tanpa dibantu perawannya.  Sudahlah dia seorang sahaja anak perempuan yang dia ada minta diharap untuk membantunya pun amat payah sekali. 
            “ye..helo..err...sapa..? Agak tercungap suaranya di corong telefon.  Maklum tengah enak melayan anganan tiba-tiba suara Mak Nah melenyapkan segala bayangnya.
“..Mas, abang ni.. agak cemas suara di sana.
“eh..abang..mana abang pergi?..puas Mas  cari abang tau...? rengekan manja Mas seperti selalu.
“ Abang di hospital sekarang ni..Mas boleh datang?...”
“Di hospital?!..abang kenapa bang?..abang sakit ker?..” kini giliran Masdiana pula cemas.
“em..tak..tapi Ria...Mas datang ye, abang tunggu..” Tut..tut..tut.. talian terputus.  Masdiana buntu. Dia bingkas bersiap.
“Ahh...nak ke mana pulak tuh?..mak sorang-sorang kat dapur ni siapkan makanan nak bawak ke Surau malam ni!...”  
“Jap jer mak!..orang nak ke hospital jap ea...bye mak...”  Masdiana lantas mencapai kunci kereta dan terus meluru ke Myvi putih yang diamanahkan untuk menjaganya oleh Pak Long Man sementara anaknya belajar di luar Negara.

************************************

            “Err...Mas?..awak..?.err..awak buat apa kat sini?..tiba-tiba Masdiana terasa bahunya ditepuk.  Dia menoleh dan hampir pengsan apabila melihat sekujur tubuh yang amat dirindui dan dinantinya dahulu.
            “Em..err..Fir..Firuz?..sa..sa..ya..err..Mas...err...”
            “Nak tengok Kak Ria?...”  tanpa sedar Masdiana angguk perlahan dan bingung.
            “..Fir..macamana Fir tau?..dia sapa dengan Fir?..” Masdiana bagai terasa di awangan.  Peluh mula menitis sedari tadi dia bekejar-kejar.
            “..dia adik Ria, Mas..” sahut Cikgu Afzam sambil melangkah keluar dari arah pintu Wad Melati.
            “Aa?..adik?!..” Masdiana tersentap. Tiba-tiba serasa badannya ringan dan pandangan matanya kelam.
            “Mas!..Mas!....”  suara itu bagai sayup-sayup kedengaran.


***********************************

“Sudah lah Mas, terima saje la..” Mak Nah memujuk.  Dia sedih dan kasihan melihat perawannya yang sedang bingung. 
“Mak terima dia Mas, asalkan kau tidak merosakkan rumahtangga orang lain..kesian isterinya Mas, sampai kena tekanan perasaan dan kurang darah akibat terlalu memikirkan suami yang nak nikah dengan orang lain pula.  Cikgu Afzam pun dah minta maaf dengan mak dan dia pun tahu hubungan Mas dengan Firuz dulu...” Rambut Mas ekal Masdiana diusap lembut penuh kasih sayang.  Sudah lama dia tidak mengusap rambut itu.  Dia amat berharap agar anaknya boleh membuang jauh sayang.  
“..ye lah mak...Mas terima dia mak...mungkin dia memang hadir untuk Mas...” air matanya tumpah lagi.  Mana disangka Firuz yang menghilang dulu kini kembali bagi menunai janji sedang hati Masdiana sudah menyayangi orang lain.  Orang lain itu adalah abang ipar kepada Firuz.  “Ya Allah!..bagaimana aku nak tempuh...”
“Mak faham hati Mas, tapi kesian dengan Firuz..dia yang cemas masa Mas pengsan hari tu, dan dia rasa bersalah.  Cepat-cepat dia telefon mak.”
Wajah Mak Nah dipandang sekilas dan Masdiana memejam mata bagai mahu menghilangkan segala duka.
********************************
            “Assalamualaikum!”..
            “Waalaikumsalam....” Suria menjawab bagai mewakilkan Masdiana yang sedang tunduk malu.  Dia lantas beralih tempat untuk memberi ruang kepada Firuz untuk upacara membatal air sembahyang.  Mak Nah tersenyum senang.  Masdiana mengangkat muka dan matanya mula bertentang dengan mata Firuz yang sejuk dan tenang.  Jantungnya semakin kuat berdegup.  Bagai tidak percaya dalam usia yang muda dia telah bergelar isteri kepada Firuz.  Setelah cincin disarung dan bersalaman Masdiana terpandang Cikgu Afzam dan Cikgu Ria yang sedari tadi tersenyum memerhati.  Masdiana lantas bangun dan mendapatkan Cikgu Ria yang manis sedondon kuning cair dengan Cikgu Afzam.
            “Kak...maafkan Mas kak...maafkan Mas...” Air mata penyesalan mengalir lagi.  Firuz dan Suria menarik nafas lega melihat Masdiana sudah boleh menerima kenyataan.
Ya, Masdiana sedar kasih sayangnya kini hanya untuk Firuz, suaminya kini.  Jauh di sudut hatinya berdoa agar jodohnya akan berpanjangan dan bahagian selamanya.


MIA MYZA..             

           

CERPEN KASIH TERPINGGIR


Tiada siapa yang tahu akan tangisnya.  Tiada siapa yang tahu akan pedihnya.  Dan tiada siapa yang tahu akan sengsara saratnya dia menanggung duka.  Entah yang mana simpati entah yang mana  memerli, semuanya dilayan sama sahaja.

            Mahu rasanya dia meraung sekuat hati dan meratapi.  Walau dia tahu keluar air mata darah sekali pun Murad tidak akan kembali ke sisinya lagi.    Namun sedikit lega apabila air mata kerinduan ini dibiar mengalir kadang kala deras.   Apa yang nyata Julaiha amat merasai kehilangan kini.  Perginya Murad membawa duka lara bersamanya. Duka yang dia sendiri rasai dan tidak mungkin akan terpadam sepanjang hayatnya.

            “Sudah la Ju, mengucap banyak-banyak…”  Suara Lisa hanya setakat itu, sedang dia sendiri amat terpukul dengan kepergian suami rakan karibnya.  Dia sendiri hilang kata-kata semangat melihat rakan karib yang telah longlai lesu.
            “Lisa…aku berdosa Lisa..aku berdosa…” ratap Julaiha lagi.   Entah berapa banyak tisu yang telah menjadi bahan pengering air matanya.   Shafiq yang erat dalam perlukan hanya diam membatu dan memandang mamanya penuh tanda tanya.  Sesekali tangannya mengusap lembut pipi mamanya yang basah.  Hati Julaiha bertambah sayu acap kali memandang anak kecil yang pastinya tidak mengerti apa-apa lagi.

            Seminggu sudah Murad pergi,namun tangis Julaiha masih belum reda.  Mujur lah Lisa sentiasa bersamanya terus memujuk tanpa jemu dan bosan.  Lisa hanya mahu sahabatnya bangkit bersama semangat yang baru, bukan terus meratapi pemergian Murad yang baginya akan menambah lagai sarat duka laranya.
            “…dia tak sempat minta ampun…”kedengaran satu suara yang cukup menyakitkan.  Lisa memandang Julaiha yang leka membelek baju-baju arwah Murad, pastinya tidak akan mendengar kata-kata tadi.  Lisa menoleh ke kanan dan dia amat yakin Mak Biah yang mengeluarkan ayat tadi.  Serta merta dia mendekati wanita setengah abad itu, “Mak Cik, jangan bercakap perkara yang mak cik sendiri tak pasti..fitnah namanya tu…” Lisa terus beredar membiarkan Mak Biah terpinga-pinga.
Sungguh dia tidak menyangka kata-katanya tadi dapat didengar oleh Lisa.  Mak Som yang mendengar hanya terdiam terpaku. 

            “ Lisa, aku nak mulakan hidup baru….aku nak bertaubat…aku banyak dosa Lis…dosa pada arwah yang aku amat rasai..”  suara Julaiha amat tenang petang itu.  Lisa merenung jauh ke dalam mata Julaiha.  Dia nampak keikhlasan itu.  Ada kesungguhan yang nyata.  Lisa hanya angguk sambil tangan mengusap lembut bahu sahabatnya itu.
            “..betul kata kau Lis,  Allah menyelesaikan masalah kita dengan cara yang Dia aturkan dan bukan mengikut apa yang kita hendak….aku yakin ini terbaik untuk aku…tapi aku……aku amat terkilan…..”  untuk sekian kalinya air mata itu mengalir lagi.   Ditariknya badan sahabat itu dan dipeluk erat.
            “..Ju,  sudahlah…aku amat merasai apa yang kau rasa…kau kena kuat Ju…demi Shafiq dan Alia..mereka perlukan kau untuk meneruskan hidup….”  Julaiha angguk perlahan.
            “..bagaimana mereka ingin bahagia jika kau, mamanya sentiasa dirundung duka…sentiasa meratapi…?..kasihan lah pada mereka Ju..aku x nak hidup mereka dibesarkan dengan kesedihanmu…”
            “Lis…..terima kasih…kau lah sahabatku…kau lah penguat semangatku…”
Tangan Lisa digenggam erat.  Lisa membalasnya lembut.  Dia amat simpati dengan nasib sahabatanya itu.  Jika dia sendiri berada di tempat Julaiha, mungkin dia tidak akan sekuat Julaiha.  Mungkin tindakan dia lebih teruk dari Julaiha.  Entah dari mana datangnya kekuatan Julaiha.
            “Lis, kalau kau tiada di sisi aku sekarang, mungkin aku dah lama bunuh diri….”  Kata-kata Julaiha membuat Lisa terkedu, seolah dia mendengar bisikkan hatinya tadi.

            “Ju,balik lah ye…abang tunggu Ju balik…” masih jelas kedengaran suara itu.
            “..tidak bang, Ju tak nak balik….abang tak nak ubah seperti yang Ju harapkan. 
Julaiha mencuka.  Matanya tidak lepas memandang Shafiq yang sedang leka bermain gelunsor bersama kakaknya,Alia.
            “Apa perlunya Ju balik bang?...untuk abang tambah luka hati Ju lagi?..” tinggi sedikit nadanya kali ini.
            “Beri abang peluang Ju…abang janji..abang akan ubah…” rayuan Murad hanya dipaandang sepi.  Tiada langsung ruang untuk Murad ketika itu.  Baginya cukup 9 tahun dia beri peluang pada Murad dan kini hatinya amat kebal.  Jiwanya terasa kosong.  Hanya yang terlintas di fikirannya bagaimana dia ingin melepaskan diri dari terus hidup bersama Murad.
Diraba dahinya yang masih bengkak. Belum hilang kesakitannya.  Dibelek tangan yang masih biru akibat ditumbuk tika pergaduhan tiga hari lalu.  Masih sakit, masih berdenyut.  Murad langsung tidak bertanya khabar tentang itu.  Murad hanya meluah apa yang dia mahu tanpa fikirkan hati dan perasaannya tika itu.
            Dia cukup serik kini.  Baginya, dia perlu keluar dari cengkaman Murad untuk mencari bahagianya sendiri. Tambahan lagi, dia sudah tidak sanggup lagi menanngung kata-kata nista keluarga mertuanya.  Dari sejak awal perkahwinan, tiada yang benar datang dari pihaknya.  Dia sudah penat membela diri seorang diri.  Murad hanya membatu jika ibu mertua menuduhnya yang bukan-bukan.  Paling-paling Murad hanya menyuruhnya bersabar.  Pelbagai lagi duka seksa yang dia tanggung selama bersama Murad.  Jadi tika itu dia sudah tekad untuk meninggalkan Murad. Namun Allah lebih mengetahui lenggok perjalanan hidupnya.

            “Ya Allah….kau ampuni lah aku…Ya Allah…” tangisnya datang lagi.  Dia kesal kerana tidak dapat membaca keanehan Murad sebelum pergi.  Dia hanya memikirkan dirinya dan hatinya.
            “Ju,  maafkan abang…tidur sini malam ya Ju?..” pinta Murad sehari sebelum dia pergi.
            “Tak nak…Ju tak ada hati nak balik lagi…” Julaiha tetap berkeras.  Jiwanya kosong tika itu, marah tidak benci tidak suka pun tidak.
            “Hanya kali ini saja Ju….abang ingin kita bersama anak-anak kita malam ni di sini…” redup pandangan Murad dengan nada sayu.
Julaiha masih diam.  Bingung.  Kosong.  Disalami Murad dicium tangannya lantas dia pergi meninggalkan Murad yang hampa bersama anak yang perlu di hantar ke sekolah lewat pagi.

            Nada Khatimah Cinta,dendangan Sixth Sence mendayu-dayu di telefon bimbit Blueberry milik Julaiha.  Dengan pandangan sekilas melihat nombor si pemanggil ada sedikit keluhan yang terpancur dari mulutnya.  Lisa mendesak agar dijawab panggilan tersebut.
            “Helo bang….” Agak tegas suaranya. Lisa menggeleng tenang.  Keras sungguh hati rakannya itu.
            “Apa?!!...Ya…saya…saya isterinya….Ya Allah!!!....”  suara Julaiha bertukar cemas dan bertukar kepada tangisan kuat.  Lisa yang tadi berdiam diri terus merampas telefon bimbit Julaiha apabila melihat rakannya itu terkulai.
            “Ya encik…Innalillahiwainnailahirojiun…” Pelukan erat sahaja yang mampu dilakukan tika itu….

            Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya suaminya.  Julaiha redha pemergian Murad kini.  Namun, hatinya amat terkilan kerana selama perkahwinannya, dia langsung tidak tahu yang Murad sedang menderita sakit jantung.  Dengan adanya tekanan hidup yang kuat, darah tinggi Murad naik hingga ke peringkat yang serius sehingga menganggu perjalanan darah ke jantung dan akhirnya jantungnya membengkak dan seterusnya meragut nyawanya.

            Benarlah Allah maha Mengetahui dan setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Julaiha amat bersyukur kerana dirinya semakin dekat dengan Allah.  Dia menjadi seorang wanita yang semakin kuat dan tabah.  Tidak perlu dicantas atau dipintas akan segala cacian orang terhadapnya,dia tahu kebenarannya, dan dia amat yakin Allah sentiasa bersamanya kini.  Dia bersyukur inilah ketenangan yang dicarinya selama ini.  Meskipun pertelingkahan di penghujung hubungannya bersama Murad, namun dia yakin hikmah dan    kebenarannya. 
            Sungguh, dia tidak dapat membohongi hati yang dirinya amat terkilan namun dia pasti itu adalah lebih baik dalam perjalanan hidupnya.  Hanya yang menjadi kesedihan yang amat apabila kedua anak yang masih kecil kerap bertanya di mana papa mereka dan tiap kali itu lah air matanya jatuh, bukan sekadar air mata kesedihan malah air mata kerinduan yang tidak berpenghujung terhadap arwah Murad.
            “Semoga abang bahagia di sana bang, dan Ju amat merindui abang…” doanya selalu.



MIA MYZA..