muka

Monday, March 21, 2011

Cinta Syirah

CINTA SYIRAH

 

           “Assalamualaikum, bang. Boleh tanya?” Mana arah rumah Pak Ziman?”
Sungguh aku terpaku dengan teguran dan pandangan matanya. Mata yang redup, pipi yang berlesung..Bibir kecil mengukir senyuman sambil mendukung budak .. Ah!..Tak mungkin!..
“Bang, maaf ye..boleh tunjuk arah umah Pak Ziman?”  sekali lagi gadis itu menegur. Ya, aku tak bermimpi, ini bukan khayalanku, memang dia..memang dia..
“Err..Syirah..betul ke Syirah ni..?” Aku menggosok mata meyakinkan aku tidak bermimpi.
“ Eh..mana abang tahu nama saya?..” kulihat ada kerutan bercampur gementar di wajah manisnya. Dia membetulkan pelukan budak yang  meronta.
“Syirah..Syirah..lama abang tunggu Syirah balik..abang..”
“Eh..saya rasa abang salah orang ni...saya baru saja sampai dari Terengganu..eh..tak apalah bang..maaf ye..”  Gadis itu cepat-cepat berpaling. 
“Syirah!..nanti..Syirah tak kenal abang?..Ni abang Zuan la..tak kenal?” Gadis itu menoleh sekilas dan terus berlalu.  Aku seakan tidak berupaya untuk mengejarnya.  Langkahnya hanya mampu kuhantar dengan pandangan sayu.

******************

“Kau salah orang, Zuan. Dia bukan Syirah tunangmu, dia anak saudara Pak Ziman. Isteri orang lagi..” Pujuk Malik padaku.  Berkali-kali dia menerangkan, tapi sukar bagiku untuk menerimanya. Ah! Peduli apa!..Aku tahu dia Syirah yang kucinta sejak kecil lagi, Syirah yang telah menjadi tunangku setahun lalu.  Tapi..kenapa dia macam tak mengenali aku? Kenapa dia melarikan diri? Anak siapa yang dia dukung hari tu?!..  Ah! Syirah...
“Bang,  Syirah janji akan jadi isteri yang baik untuk abang..Irah akan jaga zuriat abang..” sungguh bahagia aku kala itu. Syirah meluah kata membakar semangatku untuk membina mahligai idaman.
“Tapi bang,  janji dengan Syirah jugak ye.” Redup matanya memandang tepat padaku.
“Janji apa Irah?” jawabku acuh dan tidak.
“Abang janji....jangan marah Irah jika Irah terpaksa mungkir janji untuk jaga abang dan zuriat abang,  Irah rasa macam tak kuat bang...” perlahan nada suara Syirah membuatkan aku takut dan gementar.  Entah apa yang mengusik hatinya.
“Kenapa Irah cakap macam ni?.Irah nak pergi mana? Perkahwinan kita sebulan sahaja lagi..sabarlah Irah..”
“Ye..Ye bang, Irah takut je..”
“Takut kenapa?”
“Irah rasa macam tak sempat....”
“Irah...cukup tu..jangan takutkan abang macam ni....Insyallah hajat dan impian kita akan tertunai...percayalah.” Tangan Syirah kugenggam erat.
“Tapi bang...Irah kena ikut mak ayah minggu depan..”
“Ikut? Ikut pergi mana?”
“Mak ayah nak jemput adik beradiknya di Pahang. Irah berat hati lah nak pergi. Banyak lagi yang nak Irah uruskan.”
“Emm...yang tu, Irah pergi je lah..apa kata abang ikut sekali..”
“Boleh...kalau abang ikut, Irah kuatlah nak pergi, nanti Irah bagtau mak ayah ye, dia orang pun tak sunyi sangat lah ada kawan nak berbual..” Senyum manis Irah menampakkan lekukan di pipinya yang bersih. 
Abang bahagia Irah..bahagia sangat..tapi kenapa Irah macam dah berubah?  Mustahil Syirah lupa janjinya. Mustahil Syirah tergamak mengkhianatiku.  Malam itu, kita bahagia bergurau senda, Mak Irah yang pendiam pun pandai bergurau.  Ayah Irah lagi lah kuat mengusik bila bercerita tentang kisah cinta mereka dahulu. Kita sama-sama gelak ketawa apabila mendengar cerita ayah Irah kena baling dengan penyapu sebab asyik mengintai mak Irah ketika mengaji. Namun tiba-tiba......Dum!  Dentuman kuat membuatkan aku hilang, Irah juga hilang, aku....
“Aduh! Kenapa sakit sangat kepala ku..aku tidak dapat mengingat lagi apa yang berlaku.

******************

“Irah, kenapa buat abang macam ni?  Irah dah lupa ke janji Irah dulu? Abang tak marah Irah tinggalkan abang..tapi abang sedih, Irah macam tak kenal abang lagi.
Irah, kalau Irah masih saying pada abang...jumpa abang tempat biasa Irah...tolonglah jangan buat abang begini..”
Aku semacam tidak percaya Syirah yang memulangkan warkah ini kembali ke tanganku. 
“ Maaf, abang salah orang.  Saya bukan Syirah yang abang maksudkan..dan saya tak kenal pun siapa Syirah abang tu..”  kata-katanya bagai satu hempasan kuat yang menghentak kepalaku.  Sungguh aku amat lemah ketika ini.  Kenapa aku perlu lalui dugaan ini. Kenapa?..
“Bang,  maaf ye..ini Siti Syahirah anak saudara Pak Ziman. Dia isteri saya..” akuan lelaki yang segak di sebelahnya bagai panahan petir yang boleh menggugurkan jantungku.  Ya Allah, benarkah aku kini telah kehilangan?  Benarkah cinta Syirahku telah kau ambil di saat kami sedang dalam kebahagiaan?  Benarkah aku tidak layak menempuh kebahagiaan ini?  Apakah dosa aku Ya Allah...
“Bang, saya simpati dengan abang, dan saya tak marah abang memandang isteri saya seperti Syirah cinta abang itu, mungkin abang masih belum mampu melupakan kenangan lama.  Tapi bang..belajarlah untuk terima kenyataan bahawa Syirah abang telah pergi selamanya, telah pergi 2 bulan lalu. Redhalah bang dengan pemergiannya.”  Nada suaranya seakan timbul dan tenggelam.  Dan aku bagai rasa di awang awangan.

*********************************
           
            “Pak Ziman, Zuan dah pergi Pak Ziman, kesian dia...” tercungap-cungap Malik menyampaikan berita itu. 
            “Bila Malik, sakit apa?
            “Sakit lama tu lah Pak Ziman, kesian dia..kuat sungguh cinta sayangnya pada arwah Syirah tu, sehingga dia seolah tak mampu untuk hidup.  Sepanjang hayatnya dia sering merintih dan merayu tanpa pedulikan hal lain.
Siti Syahirah yang terdengar berita itu mengalirkan air mata.  Dia tak sangka begitu kuat kasih Zuan kepada sepupunya.  Patutlah arwah Syirah amat gembira ketika menyampaikan berita yang mereka akan berkahwin, tapi malangnya jodoh mereka tiada.  Allah lebih menyayangi mereka.  Semoga roh mereka dirahmati.


MYZA SYAH..

Sunday, March 20, 2011

Hanya Aku Yang Tau...



..keringan air di daun keladi tampak bersih namun tiada siapa yang sedar akan bekasnye...kerana lumrah dan adat manusia pasti terpandang dan menilai erti setitik tompok hitam yang tercalit pada sekeping kertas putih bersih..sayangnya tidak pernah terfikir jauh sekali menghargai putih dan bersih itu masih boleh kekal dan terjaga....