Malam semakin pekat, waktu terus berlalu namun Sofea masih di situ. Masih merenung di luar jendela sambil erat memeluk bear pink yang tak pernah lekang. Raut wajahnya memohon simpati tapi entah pada siapa. Mami?..Papa?..Mak Tok?..rasanya semua tidak pernah memahami hati ini. Semua hanya mementingkan diri dan hanya mahu memuaskan hati tanpa memikirkan dia memerlukan kasih sayang yang sempurna.
“Kalau kau dah kata begitu..kau boleh pergiii!!..” pekikan Izad mengejutkan Sofea yang baru lena. Penatnya siang tadi bermain dengan Najwa sepupu yang seusia. Ibu Najwa datang bertandang hanya mahu menyelesaikan masalah tapi tidak disangka lain pula jadinya.
“Saya akan keluar bang..tapi bukan keseorangan!..” tiba-tiba Sofea terasa badannye seperti ditarik ke kanan dan kiri. Dalam keadaan mamai jelas dia bingung mengapa mami dan papa menarik tangannya tanpa simpati. Tubuh kecil yang baru berusia 3 tahun itu terus meraung seolah memahami apa yang melanda. Dia menjerit, dia meronta, dia menangis sekuat hati.Mahu di khabarkan dia tidak suka akan keadaan itu namun apa dayanya yang tak mampu mengeluarkan kata. Hanya tangisan yang baginya dapat menyuarakan perasaan hati.
“Izad!..Nisa!..apa ni!..terjerit pekik tengah malam!?..” entah dari mana tiba-tiba Mak Tok sudah tercegat dia depan mami. Mami terus memeluk Mak Tok. Tangan Sofea dilepaskan.
“Mak, Nisa dah tak sanggup lagi mak.abang hanya fikirkan diri sendiri..”
“Aa yela! Aku jer yang salah..kau jer betul!..aku dah penat dengan sikap kau yang pentingkan diri sendiri..” Suara Izad bagai membelah ruang tamu yang sederhana besarnya itu.
Sofea yang tadinya meraung terdiam seketika. Mahu didekati Mak Tok tapi kakinya kaku. Mahu meluru kepada Papa, hatinya kecut melihat wajah papa yang kemerahan menahan marah. Namun jauh di sudut hatinya dia amat kasian melihat papa. Memang betul cakap papa, mami tidak pernah memikirkan papa. Papa seharian mencari nafkah tapi mami hanya mengadap computer dan kalau tidak mami akan leka melayan handphone. Sofea pernah dibiarkan kelaparan hingga tertidur dek kerana mami leka melayan sms dan computer.
“..Mak, Nisa dah tak mau hidup dengan Izad lagi..mana tahan mak, dia hutang sana sini, selalu lambat bayar rumah sampai bank telefon, Nisa malu mak. “
Mak Tok hanya angguk tanpa selidik. Anak Mak Tok mestilah Mak Tok sokong. Tapi sekarang Sofea macamana? Sofea nak ikut sapa?..Sofea takut ikut mami nanti Sofea lapar dan bila Sofea mintak makan mami marah dan pukul Sofea. Sofea pun takut ikut Papa sebab nati Sofea nak duduk dengan sapa bila Papa pergi kerja. Papa selalu balik lambat dan selalu Sofea tak jumpa Papa waktu malam. Macam malam yang Mami dan Papa bergaduh tu Sofea sebenarnya sudah tidur tapi Sofea terkejut dengan suara Papa yang kuat. Papa balik kerja penat dan Mami pulak tak hiding makan untuk Papa, jadi Papa yang selama ini bersabar sudah tidak tahan dengan sikap Mami.
“Ye! Memang aku banyak hutang! Memaang aku orang susah! Aku tak mampu bagi kau senang! Kalau kau dah tak sanggup aku sanggup lepaskan kau!...”
Tanpa berlengah Izad terus mendukung Sofea dan entah dari mana tiba-tiba Nisa menerkam dan merampas Sofea. Sekali lagi Sofea tekejut dan meraung lagi. Kali ini Sofea betul-betul sakit. Kuku Mami tajam menggigit lengan Sofea. Papa terpaksa lepaskan Sofea sebab Papa tak nak Sofea terus rasa sakit.
Sofea terus menangis. Dia pandang Papa yang telah keluar bersama perut yang kosong. Sofea pandang Mak Tok yang cuba memujuk Mami. Sofea dibiarkan sendiri. Sofea pandang Luar ikut tingkap cermin. Mungkin Kejap lagi Papa akan balik. Sofea pujuk hati. Sofea toleh belakang, Mami dah naik ke bilik. Tinggal Mak Tok termenung. Sofea Nampak Mak Tok datang dekat pada Sofea. Mulanya Sofea nak marah sebab Mak Tok tak nak pujuk Papa, Tapi bila Mak Tokajak Sofea makan Sofea tak jadi marah Mak Tok.
Mak Tok suap Sofea bubur ayam MC D.Kata Mak Tok dia tak sempat masak tadi. Agaknya memag keluarga Mami macam ni kan. Tak pernah kisah nak masak macam ibu Najwa. Tadi masa Najwa datang dia sempat tayang ayam goreng pada Sofea. Sofea minta tapi Najwa tak bagi pun nasib baik Mak Uda, Ibu Najwa bagi sikit rasa ayam goring tu. Itu pun Sofea dah suka.
“..Adik lapar ker?..” suara Mak Tok menghilangkan rasa sedap ayam goreng yang Sofea terbayang tadi. Sofea angguk.
“Mak Tok, nak ayam goyeng..” Sofea tak dapat tahan lagi. Masih terbayang dan terasa enaknya ayam goreng tu tapi tak puas sebab dapat sikit.
“Aaa…macam tu la mak, adik ni pun satu makan banyak. Mak Tok dah suap masih tak cukup lagi! Pening la kepala!” Tiba-tiba suara Mami menyampuk.
“Kamu ni Nisa, cuba la bawak bersabar, anak kamu lapar sangat ni,pukul berapa kamu bagi dia makan tadi?.” Mak Tok Membela Sofea lega.
“Alah, tadi Nina datang bawa makanan mak, dah bagi makan pun..” Cebik Mami.
Sofea macam nak menangis. Tiba-tiba dia teringat Papa. Papa ke mana la malam-malam ni. Papa makan di mana la. Air mata Sofea mula bergenang tapi Sofea cuba tahan supaya air matanya tak jatuh depan Mami. Nanti Mami marah lagi. Mami sedang runsing sekarang.
“Ye Helo, Min…err I..I kat rumah ni kenapa Min?..” Tiba-tiba Mami dapat panggilan. Sofea dapat agak itu panggilan yang selalu Mami layan sampai tak sempat masak untuk Sofea dan Papa.
“Nak keluar?..er..o ok ok…Min tunggu I ye..bye..” Mami senyum sambil mencapai kunci kereta.
“Mami, nak cari Papa ye…adik nak ikut…”kelam kabut Sofea menerpa Nisa. Pada Sofea Papa mesti nak ikut balik kalau Sofea ada.
“Jangan ikut Mami!..pergi tidur dengan Mak Tok!..” pantas tangan Sofea ditepis. Tanpa disedari Sofea sudah terjelepuk sebelah meja kaca. Sofea menjerit kesakitan namun Nisa tidak menghiraukan. Mak Tok lekas mendukung Sofea dan terkejut kerana segalanya berlaku dengan pantas. Mak Tok jadi bingung bila darah mengalir dari kepala Sofea. Sofea hanya merintih dan rintihannya semakin hilang.
“ Kau memang tak pandai jaga anak!..” Izad mengetuk dinding klinik apabila tahu Sofea tidak sedarkan diri. Nisa hanya terpaku. Dia bingung, padanya dia tidak lah menolak Sofea sekuat itu.
“ Kalau jadi pada anak aku…kau tak kan lepas!..kau ingat tuh!..” Air mata IZad mula bergenang. Serasa mahu ditelannya Nisa hidup-hidup. Dia tidak menyangka Nisa sebegitu sekali sanggup menolak anak sekecil Sofea semata-mata mahu mengikut lelaki yang baru dikenali dari lama Twitter. Izad benci laman social. Kerana wujudnya laman social seperti itulah Nisa berubah sikap dan tingkah. Dahulu Nisa adalah seorang yang penyayang dan bertanggungjawab. Tetapi sejak Izad membelikan computer bagi menghilangkan kesunyian Nisa sewaktu Sofea tidur, Nisa mual berubah sedikit demi sedikit.
Keinginan Nisa juga telah berubah. Nisa terlalu meminta minta itu dan ini. Setiap minggu Nisa mahu dibelikan pakaian baru.Kerana sayangkan isteri Izad turuti kehendak Nisa hingga hutang kad kreditnya mencecah belasan ribu.. Oeh kerana ingin membayar hutang kad kredit yang tinggi Izad terlepas untuk membayar ansuran rumah yang mereka duduki.
“Encik, ni bapa Sofea ke? “ Jururawat bertugas mematikan lamunan jauh Izad.
“Ye..ye saya..macamana dengan anak saya cik?..”
“Encik berdua boleh masuk tapi jangan bising.”Jururawat itu berlalu, Izad dan Nisa bergegas menuju bilik rawatan di mana Sofea dirawat.
Sofea Nampak Mami dan Papa datang bersama-sama. Sofea dapat rasa akan kebahagiaan keluarganya kelak. Papa dan Mami dah berbaik. Sofea tak sabar nak balik rumah.
“Sayang..maafkan Mami..Mami tak sengaja” Nisa mendodoi tangis.
“Adik,Papa datang ni,jom kita balik..”
Sofea tersenyum puas. Hajatnya tercapai nak melihat Papa dan Mami balik ke rumah bersama akhirnya tercapai. Tapi kenapa Sofea rasa badannya semakin lemah?..Sofea tak mampu mengangkat kepala sekali pun. Pandangan mata Sofea pada Mami dan Papa juga semakin kelam dan semakin gelap. Sofea dah tak sedar. Sofea dan tak mampu bergerak. Sofea rasa dirinya seperti di bawa ke satu tempat yang tinggi.
Papa…Mami….
Malangnya suara Sofea tidak mereka dengari. Mereka hanya menangis dan terus menangis membuatkan Sofea rasa sedih yang amat. Rupanya hajat Sofea untuk balik ke rumah bersama Papa dan Mami memag tercapai tetapi dalam keadaan Sofea tidak mampu bermanja lagi. Sofea harap dia akan bahagia di tempat baru.
Karya:
Mia Myza…

