Tiada siapa yang tahu akan tangisnya. Tiada siapa yang tahu akan pedihnya. Dan tiada siapa yang tahu akan sengsara saratnya dia menanggung duka. Entah yang mana simpati entah yang mana memerli, semuanya dilayan sama sahaja.
Mahu rasanya dia meraung sekuat hati dan meratapi. Walau dia tahu keluar air mata darah sekali pun Murad tidak akan kembali ke sisinya lagi. Namun sedikit lega apabila air mata kerinduan ini dibiar mengalir kadang kala deras. Apa yang nyata Julaiha amat merasai kehilangan kini. Perginya Murad membawa duka lara bersamanya. Duka yang dia sendiri rasai dan tidak mungkin akan terpadam sepanjang hayatnya.
“Sudah la Ju, mengucap banyak-banyak…” Suara Lisa hanya setakat itu, sedang dia sendiri amat terpukul dengan kepergian suami rakan karibnya. Dia sendiri hilang kata-kata semangat melihat rakan karib yang telah longlai lesu.
“Lisa…aku berdosa Lisa..aku berdosa…” ratap Julaiha lagi. Entah berapa banyak tisu yang telah menjadi bahan pengering air matanya. Shafiq yang erat dalam perlukan hanya diam membatu dan memandang mamanya penuh tanda tanya. Sesekali tangannya mengusap lembut pipi mamanya yang basah. Hati Julaiha bertambah sayu acap kali memandang anak kecil yang pastinya tidak mengerti apa-apa lagi.
Seminggu sudah Murad pergi,namun tangis Julaiha masih belum reda. Mujur lah Lisa sentiasa bersamanya terus memujuk tanpa jemu dan bosan. Lisa hanya mahu sahabatnya bangkit bersama semangat yang baru, bukan terus meratapi pemergian Murad yang baginya akan menambah lagai sarat duka laranya.
“…dia tak sempat minta ampun…”kedengaran satu suara yang cukup menyakitkan. Lisa memandang Julaiha yang leka membelek baju-baju arwah Murad, pastinya tidak akan mendengar kata-kata tadi. Lisa menoleh ke kanan dan dia amat yakin Mak Biah yang mengeluarkan ayat tadi. Serta merta dia mendekati wanita setengah abad itu, “Mak Cik, jangan bercakap perkara yang mak cik sendiri tak pasti..fitnah namanya tu…” Lisa terus beredar membiarkan Mak Biah terpinga-pinga.
Sungguh dia tidak menyangka kata-katanya tadi dapat didengar oleh Lisa. Mak Som yang mendengar hanya terdiam terpaku.
“ Lisa, aku nak mulakan hidup baru….aku nak bertaubat…aku banyak dosa Lis…dosa pada arwah yang aku amat rasai..” suara Julaiha amat tenang petang itu. Lisa merenung jauh ke dalam mata Julaiha. Dia nampak keikhlasan itu. Ada kesungguhan yang nyata. Lisa hanya angguk sambil tangan mengusap lembut bahu sahabatnya itu.
“..betul kata kau Lis, Allah menyelesaikan masalah kita dengan cara yang Dia aturkan dan bukan mengikut apa yang kita hendak….aku yakin ini terbaik untuk aku…tapi aku……aku amat terkilan…..” untuk sekian kalinya air mata itu mengalir lagi. Ditariknya badan sahabat itu dan dipeluk erat.
“..Ju, sudahlah…aku amat merasai apa yang kau rasa…kau kena kuat Ju…demi Shafiq dan Alia..mereka perlukan kau untuk meneruskan hidup….” Julaiha angguk perlahan.
“..bagaimana mereka ingin bahagia jika kau, mamanya sentiasa dirundung duka…sentiasa meratapi…?..kasihan lah pada mereka Ju..aku x nak hidup mereka dibesarkan dengan kesedihanmu…”
“Lis…..terima kasih…kau lah sahabatku…kau lah penguat semangatku…”
Tangan Lisa digenggam erat. Lisa membalasnya lembut. Dia amat simpati dengan nasib sahabatanya itu. Jika dia sendiri berada di tempat Julaiha, mungkin dia tidak akan sekuat Julaiha. Mungkin tindakan dia lebih teruk dari Julaiha. Entah dari mana datangnya kekuatan Julaiha.
“Lis, kalau kau tiada di sisi aku sekarang, mungkin aku dah lama bunuh diri….” Kata-kata Julaiha membuat Lisa terkedu, seolah dia mendengar bisikkan hatinya tadi.
“Ju,balik lah ye…abang tunggu Ju balik…” masih jelas kedengaran suara itu.
“..tidak bang, Ju tak nak balik….abang tak nak ubah seperti yang Ju harapkan. “
Julaiha mencuka. Matanya tidak lepas memandang Shafiq yang sedang leka bermain gelunsor bersama kakaknya,Alia.
“Apa perlunya Ju balik bang?...untuk abang tambah luka hati Ju lagi?..” tinggi sedikit nadanya kali ini.
“Beri abang peluang Ju…abang janji..abang akan ubah…” rayuan Murad hanya dipaandang sepi. Tiada langsung ruang untuk Murad ketika itu. Baginya cukup 9 tahun dia beri peluang pada Murad dan kini hatinya amat kebal. Jiwanya terasa kosong. Hanya yang terlintas di fikirannya bagaimana dia ingin melepaskan diri dari terus hidup bersama Murad.
Diraba dahinya yang masih bengkak. Belum hilang kesakitannya. Dibelek tangan yang masih biru akibat ditumbuk tika pergaduhan tiga hari lalu. Masih sakit, masih berdenyut. Murad langsung tidak bertanya khabar tentang itu. Murad hanya meluah apa yang dia mahu tanpa fikirkan hati dan perasaannya tika itu.
Dia cukup serik kini. Baginya, dia perlu keluar dari cengkaman Murad untuk mencari bahagianya sendiri. Tambahan lagi, dia sudah tidak sanggup lagi menanngung kata-kata nista keluarga mertuanya. Dari sejak awal perkahwinan, tiada yang benar datang dari pihaknya. Dia sudah penat membela diri seorang diri. Murad hanya membatu jika ibu mertua menuduhnya yang bukan-bukan. Paling-paling Murad hanya menyuruhnya bersabar. Pelbagai lagi duka seksa yang dia tanggung selama bersama Murad. Jadi tika itu dia sudah tekad untuk meninggalkan Murad. Namun Allah lebih mengetahui lenggok perjalanan hidupnya.
“Ya Allah….kau ampuni lah aku…Ya Allah…” tangisnya datang lagi. Dia kesal kerana tidak dapat membaca keanehan Murad sebelum pergi. Dia hanya memikirkan dirinya dan hatinya.
“Ju, maafkan abang…tidur sini malam ya Ju?..” pinta Murad sehari sebelum dia pergi.
“Tak nak…Ju tak ada hati nak balik lagi…” Julaiha tetap berkeras. Jiwanya kosong tika itu, marah tidak benci tidak suka pun tidak.
“Hanya kali ini saja Ju….abang ingin kita bersama anak-anak kita malam ni di sini…” redup pandangan Murad dengan nada sayu.
Julaiha masih diam. Bingung. Kosong. Disalami Murad dicium tangannya lantas dia pergi meninggalkan Murad yang hampa bersama anak yang perlu di hantar ke sekolah lewat pagi.
Nada Khatimah Cinta,dendangan Sixth Sence mendayu-dayu di telefon bimbit Blueberry milik Julaiha. Dengan pandangan sekilas melihat nombor si pemanggil ada sedikit keluhan yang terpancur dari mulutnya. Lisa mendesak agar dijawab panggilan tersebut.
“Helo bang….” Agak tegas suaranya. Lisa menggeleng tenang. Keras sungguh hati rakannya itu.
“Apa?!!...Ya…saya…saya isterinya….Ya Allah!!!....” suara Julaiha bertukar cemas dan bertukar kepada tangisan kuat. Lisa yang tadi berdiam diri terus merampas telefon bimbit Julaiha apabila melihat rakannya itu terkulai.
“Ya encik…Innalillahiwainnailahirojiun…” Pelukan erat sahaja yang mampu dilakukan tika itu….
Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya suaminya. Julaiha redha pemergian Murad kini. Namun, hatinya amat terkilan kerana selama perkahwinannya, dia langsung tidak tahu yang Murad sedang menderita sakit jantung. Dengan adanya tekanan hidup yang kuat, darah tinggi Murad naik hingga ke peringkat yang serius sehingga menganggu perjalanan darah ke jantung dan akhirnya jantungnya membengkak dan seterusnya meragut nyawanya.
Benarlah Allah maha Mengetahui dan setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Julaiha amat bersyukur kerana dirinya semakin dekat dengan Allah. Dia menjadi seorang wanita yang semakin kuat dan tabah. Tidak perlu dicantas atau dipintas akan segala cacian orang terhadapnya,dia tahu kebenarannya, dan dia amat yakin Allah sentiasa bersamanya kini. Dia bersyukur inilah ketenangan yang dicarinya selama ini. Meskipun pertelingkahan di penghujung hubungannya bersama Murad, namun dia yakin hikmah dan kebenarannya.
Sungguh, dia tidak dapat membohongi hati yang dirinya amat terkilan namun dia pasti itu adalah lebih baik dalam perjalanan hidupnya. Hanya yang menjadi kesedihan yang amat apabila kedua anak yang masih kecil kerap bertanya di mana papa mereka dan tiap kali itu lah air matanya jatuh, bukan sekadar air mata kesedihan malah air mata kerinduan yang tidak berpenghujung terhadap arwah Murad.
“Semoga abang bahagia di sana bang, dan Ju amat merindui abang…” doanya selalu.
MIA MYZA..
No comments:
Post a Comment