“Dummm!..” dentuman guruh di luar rumah mengejutkannya dari mimpi yang indah. Zanariah memandang ke luar tingkap. Cuaca mendung dan hujan mula membasahi bumi. Dia menatap jam dinding yang disangkut sebelah almari baju. 9.30 pagi. Mentang-mentang lah hari ini dia uzur terlewat pula bangunnya.
“Nak ke mana kalau dah hujan pagi-pagi nih..”bisiknya dalam hati. Dia bersandar sambil membetulkan rambutnya yang mula beruban. Dalam lingkuan umur yang sudah memasuki 40an dia amat risau akan perubahannya. Dia memgambil cermin muka dan seperti kebiasaan dibelek wajah yang mula menampakkan kedutan di bawah mata dan dahi. Matanya yang kuyu ditatap dengan pandangan kosong. Tahi lalat di bawah bibir yang menjadi iguan semua lelaki diusap perlahan. Dia tersenyum. “Ah...tua tetap tua...”bingkasnya lalu mencapai tuala untuk mandi.
Usai merapikan diri dia ke dapur mencari-cari apa yang perlu dimasak untuk diisi perutnya yang mula berdendang. “Huh, tak kan nak makan mee maggi pagi-pagi nih...” detiknya apabila terpandanng sebungkus mee maggi di atas petti ais. Matanya meliar memandang setiap sudut dapur yang kecil ruangnya. Jarang sekali dapur itu berasap. Sejak dia sendirian setelah pemergian Azam setahun lalu dia jarang sekali masak. Sekadar mengisi perutnya seorang nasi lemak bungkus sudah mencukupi. Namun jika Zamri akan tunggalnya pulang dari Kuala Lumpur sesekali baru dia akan masak makanan kegemaran Zamri.
Dia memandang luar tingkap, hujan sudah menunjukkan akan reda. Dia ke bilik untuk bersiap. Janjinya dengan Kak Mona untuk bertemu di kedai jahit Leha pagi itu tak kan dilupakan. Kak Mona ingin mendapatkan pandangannya untuk menempah baju nikah anak perempuannya yang akan bernikah pada hujung bulan ini.
“Zana, warna peach ni elok tak ye..?” Kak Mona menghulurkan kain yang dimaksudkan. Zanariah membelek penuh teliti. Diusap perlahan untuk merasai kelembutan kain tersebut.
“Sempat ke nak jahit ni Kak?” tanyanya lantas beralih kepada labuci-labuci yang telah sedia dibeli untuk dihias pada baju berkenaan.
“Insyallah sempat, kalau hari ni dah putuskan saiz dan fesyen apa yang nak. Untuk jahit labuci Leha boleh hantar kedai kawan Leha. Semalam Leha dah call dia dah dan dia sanggup amik...” Jelas Leha panjang lebar. Wanita yang sedikit gempal itu tersenyum sambil tangannya meneruskan jahit tangan pada baju yang telah siap dicantum. Zanariah memandang Mona yang sedari tadi membelek buku fesyen-fesyen terkini.
“Budaknya mana Kak Mona? Nape tak bawak sekali?..” dia bersuara sambil turut serta membelek buku tersebut.
“Dia kerja, tak dapat cuti, sok-sok nak cuti panjang. Ni dia ikut jer apa plan akak, tu yang akak ajak Zana bantu akak...” Kak Mona menyerahkan buku fesyen kepada Zanariah lantas bersuara, “Zana tolong tengok muka yang depan dengan yang akak lipat ni, mana satu paling sesuai dan menarik...” pintanya.
Zanariah menurut sambil berkerut membayangkan bagaimana keadaannya bila dipakai oleh anak Kak Mona yang berkulit putih kuning dan sederhana ketinggiannya. Selesai membuat pilihan mereka meninggalkan kedai itu dan menuju ke deretan kedai kecil untuk mengisi perut.
“Assalamualaikum, Puan Zanariah ker?..” Tiba-tiba mereka disapa seorang lelaki separuh abad. Zanariah memandang lelaki itu dengan wajah yang amat terkejut. Dia bagai tidak percaya apa yang dilihatnya.
“Halim ke nih?..” sahutnya perlahan. Jantungnya berdegup kencang. Matanya memandang Kak Mona yang sedang terpinga-pinga kemudian beralih kepada lelaki yang dipanggil Halim
“em..ingat lagi pun muka aku nih..” Halim tersenyum simpul.
***********************************************
Hatinya rawan. Sukar baginya untuk membuat keputusan. Bagai ditelan mati emak diluah mata bapak. Matanya menyoroti gambar lama yang agak kelam. Zahid, Amin, Azam dan Halim. Mereka semua berdiri manakala, Zuman, Midah, Linda dan dia yang mana bahunya dipegang Halim.duduk di baris hadapan. Memorinya masih kuat untuk mengingati mereka. Yang telah pergi untuk selamanya hanya Azam, suaminya akibat diserang jantung.
Air matanya mula bergenang. Terasa sebak dan pilu menguasai diri. Tika gambar itu diambil dia leka melayan cinta Halim dan langsung tidak mengetahui yang dirinya diminati oleh Azam dalam diam.
“Mama, mama kena fikirkan hidup Zam atau Zam akan buat keputusan Zam sendiri.....” kata-kata Zamri pula terngiang-ngiang. Terperanjat betul Zamri bila tahu Halim telah datang untuk melamar mamanya. Dia hanya membisu. Namun jauh di sudut hati jiwanya memberontak. Begitu kecil dunia ini. Bapa Suhana adalah cinta lama mamanya. Bagaimana dia hendak menghadap Suhana jika mamanya menerima lamaran Halim?..Bagaimana dia hendak menerima kenyataan cintanya bertukar kepada adik beradik tiri pula. Zamri terus merajuk hingga kini tidak pulang lagi.
*******************************************
“Kita fikirkan hal anak-anak kita la ye...” Zanariah bersuara setelah sekian lama membisu. Air limau suam yang dihirup tinggal separuh gelas. Hidupnya tak penting kini. Biarlah cintanya dulu tidak kesampaian asalkan dia dapat membahagiakan anaknyayang seorang itu. Lagipun apa kata kawan-kawannya nanti bila tahu dia bertemu cinta lamanya dalam usia yang sepatutnya sudah menimang cucu.
“Aku dah lama tunggu kau Zana...” Halim bersuara perlahan. Ada sedikit kekecewaan dalam nadanya.
“Kita tak boleh fikirkan diri kita jer Lim, hidup anak-anak lebih penting sekarang. Aku tak mahu dek kerana cinta lama kita, anak-anak tak boleh menerima kita, biarlah kita beralah..” Zanariah memujuk. Baginya kisah lama biarlah tinggal sejarah dalam hidupnya, sejarah yang tak mungkin dia ulangi lagi, bukan kerana dia kesal menemui cinta Halim tapi kerana dia perlu terima bahawa mereka hanya ditakdirkan untuk bercinta dan bukan untuk hidup berumahtangga. Dia tahu betapa dalamnya kasih dan cinta Halim padanya.
Halim terus menghilangkan diri selepas pernikahannya dengan Azam. Sebulan selepas itu dia dikhabarkan Halim sakit dan sedang dirawat di psikitrik. Setengah tahun dia di sana barulah dia bertemu cinta baru. Suhaila jururawat yang sering merawatnya akhirnya dapat merawat sekali luka hatinya.
Zanariah memandang Halim yang membuang jauh pandangan ke arah jalan. Dia tahu sekali lagi dia terpaksa mengecewakan Halim. Kalau dahulu dia menolak Halim kerana permintaan orang tuanya yang sudah berkenan dengan Azam yang lebih dahulu bertindak. Dia tidak mampu menolak kerana tika itu ibunya sedang menghadapi tekanan darah tinggi dan jantung.
“Kalau dah macam tu...aku ikut jer la permintaan kau Zana, kita memang tak ada jodoh.” Halim akhirnya mengalah. Dia akur dengan kehendak Zanariah.
***********************************************
“Abang Zam, Su tak sampai hati lah tengok abah tu. Sejak akhir-akhir ni menung jer. “ adu Suhana suatu petang.
“Abah ingatkan mak abang ke?...” Zamri mula meneka.
“Ye la kot, sebab minggu lepas dia ada bagitahu Su yang dia tunggu orang tua Abang datang merisik.”
“Abang dah bagitahu mama dah, mungkin hujung bulan ni mama datang. “ jelas Zamri. Namun jauh di sudut hati Suhana dia amat merisaukan keadaan Halim yang kini semakin tidak terurus. Halim sering kali dilihat bermenung di belakang rumah dan sesekali kedengaran dia merungut dan memarahi sesuatu seorang diri. Bila Suhana mendekati Halim terus membisu dan melelapkan mata.
“ Tu lah, abang dah cakap, abang tak boleh hidup kalau Ila tak ada dalam hidup abang...” Halim memandang pohon kayu yang sebesar pemeluk.
“Anak kita dah kahwin tu, siapa nak urus?..Abang tak larat buat sorang-sorang..Ila balik la tolong abang...” rayunya lagi. Matanya tetap memandang tepat pada pohon tersebut. Hatinya sedih teramat sedih. Baginya Suhaila yang memahami hati perasaannya kini. Namun kenapa Suhaila tidak menemuinya sekarang?..Dia lupa ke mana isterinya itu pergi meninggalkannya.
“Abah....mari masuk rumah...” Suhana memujuk. Dia duduk di sebelah Halim yang sedang mengesat air mata yang mula mengalir tadi. Rindunya pada Suhaila sudah tidak mampu diucapkan.
“Abah tunggu ibu kau balik, kan kau nak kahwin..sapa nak urus?..” Halim mengais-ngais tanah menggunakan kakinya yang tidak berkasut. Nampak kotor kakinya itu.
Suhaila mula teresak. Mana mungkin ibunya kan pulang..Ibunya telah dijemput Ilahi dua tahun lalu. Dan dalam masa itu juga dia lah yang menemani Halim yang kesunyian. Setelah pertemuan dengan Zanariah, Halim nampak lebih bersemangat, namun hatinya terluka kini. Suhana binggung dengan situasi sekarang. Dia tersepit dengan dua persimpangan. Mampukah dia melukakan hati abahnya demi menyepurnakan cintanya terhadap Zamri?
************************************************
“Suhana...” panggil Halim dengan suara yang amat lemah. Suhana cepat-cepat merapati Halim yang terbaring di ruang tamu. Zanariah, Kak Mona dan Zamri hanya memerhati dari jauh.
“Abah, ni Su..abah...” Suhana teresak lagi. Tidak disangka setelah terjatuh dari bilik air lewat petang semalam, Halim terus tidak mampu membawa diri. Hendak di bawa ke hospital pun dia tidak mahu.
“Jaga diri kau S... abah...er...dah tak larat lagi...er..ibu kau dah datang panggil abah...” Halim bersuara tersekat-sekat. Matanya melirih kea rah Zanariah yang sudah tersedu-sedan. Hatinya amat tersayat melihat keadaan Halim. Tidak disangka Halim akan merana sebegitu sekali.
“Mengucap bah...” tangis Suhana semakin kuat. Imam Harun memberi isyarat agar Suhana beralih untuk memberi laluan kepadanya agar dapat memimpin Halim di saat-saat genting itu. Setelah satu persatu Kalimah Syahadah dibaca dengan nada yang tersekat dan semakin hilang, Halim terus memejam mata. Hembusan nafas terakhirnya amat menyentap jantung Zanariah. Wajah Halim yang tenang dipandang penuh kesayuan. Dia tunduk tersedu-sedu. Kak Mona memeluknya erat. Tidak disangka sahabatnya itu hidup penuh pengorbanan. Zamri turut memeluk mamanya penuh penyesalan. Dia turut kecewa kerana pengorbanan mamanya turut melukakan hati kekasih hatinya Suhana.
Hatinya bertambah pilu mendengar ratapan Suhana yang sudah terdampar di sisi Halim. Zanariah memandang sekilas kea rah Halim sekali lagi. Hatinya berbisik, “Maafkan aku Halim, kerana aku, kau merana sebegini...Maaf kan aku...semoga kau bahagia di sana bersama cintaNya.....”
..MIA MYZA/..
No comments:
Post a Comment