muka

Wednesday, May 29, 2013

CERPEN TAUTAN KASIH


            “Berani kau ye...” Suria menemplak.
            “Aku dah suka..macamana pun tetap dah suka...walau...”
            “..walau apa pun terjadi?..” Mata Suria dan Masdiana bertembung.
            “Kau ni memang degil lah! Tah apa yang kau pandang kat dia tuh..” Suria menutup buku sambil membetulkan kedudukannya. Kali ini dia mesti cakap dengan rakannya itu. Degil! Itulah lemparan yang sesuai untuk Masdiana yang berani mengusik sarang tabuan.

            “Cinta tak kenal usia dan tak kenal siapa Su...” Masdiana tetap pertahankan pegangannya.  Walau ramai yang telah bercerita akan halnya mempunyai hubungan dengan Cikgu Afzam dia tetap tidak peduli. Baginya lagi ramai yang tahu lagi bagus, tak adalah yang akan ganggu guru muda pujaan hatinya.
            “Kau kena fikir jugak hati isterinya, Mas...” Suria masih tidak jemu menasihati.  Sebagai rakan dia tak sanggup Masdiana terusan menjadi kutukan dan umpatan satu sekolah.
            “Kau jeles ye...lepas SPM dia janji nak pinang aku la Su...”
            “Isterinya macamana?..” Mata Suria terbeliak bagai mahu ditelan rakannya yang putih gebu itu.  Bibir yang kecil dan berlesung pipit di pipi kiri menampakkan lagi kemanisan Masdiana, namun sayang Masdiana telah terperangkap dengan cinta suami orang. 
Memang Cikgu Afzam kacak dan segak orangnya dan memang sepadan dengan Cikgu Ria yang kecil molek. Tapi mengapa Cikgu Afzam masih memandang Masdiana? Apa kurangnya Cikgu Ria?
            “Aku bukan jeles la Mas, tapi aku tak nak nanti kau yang akan gigit jari..lepaskan lah dia Mas, tak sampai ke mana pun, percaya la..” Suria meyakinkan. Dia amat yakin Masdiana akan kecewa kelak. 
            “Soal isterinya terima atau tidak bukan masalah aku, Su..yang penting abang Afzam dah janji akan datang pinang aku lepas SPM nanti dan dia janji akan bantu aku untuk ke Universiti untuk capai cita-cita aku.” Masdiana bersahaja. Milo ais yang sudah sedikit cair dek air batu berlebihan terus dihirupnya lantas bangun menyandang beg sekolah purple.  Rambut yang tadinya dibiar mengurai diikat satu tanpa disikat.
            “Lepas  dah jadi tunang abang Afzam aku nak pakai tudung...”
            “Keh..keh..keh....” Gelak Suria mematikan langkah Masdiana. Dipandang tubuh Suria yang agak gempal dengan baju kurung yang sedikit singkat.
            “Nape kau ketawa?..Salah ke aku cakap?...”
            “..tak salah...Cuma aku kelakar dengar azam kau tuh....” balas Suria dengan bersisa tawanya.  “ Apa yang kelakarnya?..tak baik ke tuh?..” Masdiana terus menonong  menuju ke kantin. 
“..Ye la..berapa lama jer  tahannya azam kau tuh...hehe..”
“Kau tengok je la nanti...” Masdiana mempercepatkan langkahnya.  Lama di Pusat Sumber dengan tumpuan yang kurang semasa mengulang kaji membuatkan perutnya menyanyi-nyanyi minta diisi.
            “..lapar la tuh...” Suria berlari anak menngejar langkah rakannya yang laju.
            “Kau pun kena berazam untuk jaga badan jangan nanti kau yang ditinggalkan pulak, maklumlah Cikgu Ria tu cantik dan bergaya nak dibanding dengan kau...em.....”  Suria terus membakar agar rakannya berundur.
            “Aku belum kerja memang lah nampak selekeh...tunggu la lepas aku kerja nanti...kau pun jangan menangis pulak tengok aku nanti....” Masdiana mengejek.  Jauh di sudut hatinya sedikit runsing.

**************************
            Buku Aktiviti Sejarah dicampak ke tepi.  Perlahan-lahan ditarik keluar gambar Cikgu Afzam dari diari pink yang menjadi temannya selalu.  Lelaki awal 30an berkumis halus dengan kening yang sedikit lebat direnung sedalamnya bagai mencari sejauh mana kejujuran dan keikhlasan lelaki itu. Hatinya mula khuatir dan resah.  Hiss!..jahatlah Suria nih..takut-takutkan aku jer tuh.. Dia menyedapkan hati.  Tangannya menggapai laci di tepi katil tiba-tiba jatuh sekeping gambar yang telah lama disimpan.
            Gambar yang agak kelam itu pula ditatap dan hatinya mula sebak.  Firuz...entah di mana dia sekarang. Gambar  jejaka yang dikenali semasa bersekolah di asrama 3 tahun lalu mula menyentap hatinya.  Jejaka itulah orang pertama yang  disayangi dan dirindui dahulu.  Jejaka itulah yang mengajarnya apa itu cinta...ahh..Cinta Monyet!...Air matanya tak dapat di tahan lagi.

            “Masdiana...maafkan saya..saya terpaksa bertukar ke Sabah atas sebab yang tak dapat dielakkan..saya tak sanggup bagitau Mas sebab saya tak mahu Mas kecewa..ada jodoh kita akan berjumpa lagi...Selamat Tinggal Sayang...” Coretan akhir yang dikirim melalui Minah Gempol amat menyentap jantungnya.  Masdiana terkedu dan hanya menangis.  Sampai hati Firuz tinggalkan dia.  Sampai hati Firuz buat dia merana hingga pencapaian pelajarannya agak merundum semasa Peperiksaan Akhir Tahun tika itu.  Semuanya salah Firuz.  Dia sendiri tak tahu mana nak cari Firuz. Hanya yang difikirkan, mungkin Firuz sudah ada teman yang lain...huh...

************************
            Peperiksaan SPM telah dua minggu berlalu.  Dua minggu itu juga lah Cikgu Afzam tidak menghubunginya dan talian telefon bimbitnya juga seolah ditutup.  Masdiana binggung dan resah.    Suria telah pun ke Kuala Lumpur mengikut kakaknya berniaga di sana. 
            “Kalau nak tunang jangan senyap-senyap tau..tolong helo helo kat member nih..” Pesan Suria sebelum pergi.
            “Malu aku kalau tak jadi.....” Desis hatinya. Dia cuba menghubungi Cikgu Afzam melalui laman sosial Facebook pula namun hampa.  Apa dah jadi nih?.. Dia membuka semula Pesanan Ringkas yang diterima dari Cikgu Ria sebelum Peperiksaan berlangsung.
“ Terima kasih kerana membuka mata saya memandang yang nyata, andai tidak, saya akan terus lena..semoga anda akan berjaya dan percayalah jika Allah restui apa yang anda lakukan maka akan bahagia lah anda. “ –Ria-
            “huh..!”dia menghempas badan ke tilam empuk.  “Apa maksud dia ea?..perli aku ke?..” dia berteka teki sendiri.
            “em...biarlah....”
            “Mas!...panggilan telefon nih!...jerit Mak Nah dari dapur.  Sambil membebel kerana sedari pagi dia bertungkus lumus di dapur tanpa dibantu perawannya.  Sudahlah dia seorang sahaja anak perempuan yang dia ada minta diharap untuk membantunya pun amat payah sekali. 
            “ye..helo..err...sapa..? Agak tercungap suaranya di corong telefon.  Maklum tengah enak melayan anganan tiba-tiba suara Mak Nah melenyapkan segala bayangnya.
“..Mas, abang ni.. agak cemas suara di sana.
“eh..abang..mana abang pergi?..puas Mas  cari abang tau...? rengekan manja Mas seperti selalu.
“ Abang di hospital sekarang ni..Mas boleh datang?...”
“Di hospital?!..abang kenapa bang?..abang sakit ker?..” kini giliran Masdiana pula cemas.
“em..tak..tapi Ria...Mas datang ye, abang tunggu..” Tut..tut..tut.. talian terputus.  Masdiana buntu. Dia bingkas bersiap.
“Ahh...nak ke mana pulak tuh?..mak sorang-sorang kat dapur ni siapkan makanan nak bawak ke Surau malam ni!...”  
“Jap jer mak!..orang nak ke hospital jap ea...bye mak...”  Masdiana lantas mencapai kunci kereta dan terus meluru ke Myvi putih yang diamanahkan untuk menjaganya oleh Pak Long Man sementara anaknya belajar di luar Negara.

************************************

            “Err...Mas?..awak..?.err..awak buat apa kat sini?..tiba-tiba Masdiana terasa bahunya ditepuk.  Dia menoleh dan hampir pengsan apabila melihat sekujur tubuh yang amat dirindui dan dinantinya dahulu.
            “Em..err..Fir..Firuz?..sa..sa..ya..err..Mas...err...”
            “Nak tengok Kak Ria?...”  tanpa sedar Masdiana angguk perlahan dan bingung.
            “..Fir..macamana Fir tau?..dia sapa dengan Fir?..” Masdiana bagai terasa di awangan.  Peluh mula menitis sedari tadi dia bekejar-kejar.
            “..dia adik Ria, Mas..” sahut Cikgu Afzam sambil melangkah keluar dari arah pintu Wad Melati.
            “Aa?..adik?!..” Masdiana tersentap. Tiba-tiba serasa badannya ringan dan pandangan matanya kelam.
            “Mas!..Mas!....”  suara itu bagai sayup-sayup kedengaran.


***********************************

“Sudah lah Mas, terima saje la..” Mak Nah memujuk.  Dia sedih dan kasihan melihat perawannya yang sedang bingung. 
“Mak terima dia Mas, asalkan kau tidak merosakkan rumahtangga orang lain..kesian isterinya Mas, sampai kena tekanan perasaan dan kurang darah akibat terlalu memikirkan suami yang nak nikah dengan orang lain pula.  Cikgu Afzam pun dah minta maaf dengan mak dan dia pun tahu hubungan Mas dengan Firuz dulu...” Rambut Mas ekal Masdiana diusap lembut penuh kasih sayang.  Sudah lama dia tidak mengusap rambut itu.  Dia amat berharap agar anaknya boleh membuang jauh sayang.  
“..ye lah mak...Mas terima dia mak...mungkin dia memang hadir untuk Mas...” air matanya tumpah lagi.  Mana disangka Firuz yang menghilang dulu kini kembali bagi menunai janji sedang hati Masdiana sudah menyayangi orang lain.  Orang lain itu adalah abang ipar kepada Firuz.  “Ya Allah!..bagaimana aku nak tempuh...”
“Mak faham hati Mas, tapi kesian dengan Firuz..dia yang cemas masa Mas pengsan hari tu, dan dia rasa bersalah.  Cepat-cepat dia telefon mak.”
Wajah Mak Nah dipandang sekilas dan Masdiana memejam mata bagai mahu menghilangkan segala duka.
********************************
            “Assalamualaikum!”..
            “Waalaikumsalam....” Suria menjawab bagai mewakilkan Masdiana yang sedang tunduk malu.  Dia lantas beralih tempat untuk memberi ruang kepada Firuz untuk upacara membatal air sembahyang.  Mak Nah tersenyum senang.  Masdiana mengangkat muka dan matanya mula bertentang dengan mata Firuz yang sejuk dan tenang.  Jantungnya semakin kuat berdegup.  Bagai tidak percaya dalam usia yang muda dia telah bergelar isteri kepada Firuz.  Setelah cincin disarung dan bersalaman Masdiana terpandang Cikgu Afzam dan Cikgu Ria yang sedari tadi tersenyum memerhati.  Masdiana lantas bangun dan mendapatkan Cikgu Ria yang manis sedondon kuning cair dengan Cikgu Afzam.
            “Kak...maafkan Mas kak...maafkan Mas...” Air mata penyesalan mengalir lagi.  Firuz dan Suria menarik nafas lega melihat Masdiana sudah boleh menerima kenyataan.
Ya, Masdiana sedar kasih sayangnya kini hanya untuk Firuz, suaminya kini.  Jauh di sudut hatinya berdoa agar jodohnya akan berpanjangan dan bahagian selamanya.


MIA MYZA..             

           

No comments:

Post a Comment