“..di mana kau sayang...aku di sini dalam kedinginan... semoga mentari kan menjelma menyinari...dengari lah sayang... akan ku coretkan nota cinta... agar kau mengeti rindu ku ini yang tersisa ...” alunan lagu slow rock 80an berkumandang di seluruh ruang bilik yang agar kecil itu.
Tiba-tiba bayangan Amin, jejaka yang pernah memenuhi ruang isi hatinya bermain di fikiran.
“Entah di mana dia sekarang...kasihnya tidak kesampaian hanya kerana perkara kecil yang dia sendiri tidak sengajakan, Amin terus menyalahkan dirinya dan berlalu pergi. Tika itu dirasa dunianya gelap. Impiannya musnah kerana impiannya hanya dengan Amin, janjinya juga hanya dengan Amin.
“woi!...berangan ea....” Shima tiba-tiba menyergah menyentap lamunannya. Dia menarik muka menunjukkan wajah yang konon merajuk.
“Eh..minah, hari ni kau tak de temujanji ker?...”
Hanya gelengan yang dibalas. “Tu anak Mak Long Hitam yang nak kawin minggu depan tu job kau ker?...” Wajah Ayuni mula berkerut seperti mengingatkan sesuatu.
“Oh!.. a’ah la..esok aku kena prepair barang tuh...nasib kau ingatkan Ma...” Ayuni terlompat dari katil dan bersiap-siap.
“Kau nak ke mana tuh?..” Shima terpinga-pinga.
“Teman aku ke Bandar Ma..nak cari barang sikit..”
“Huh...aku jugak kau cari kan..kalau ikut hati malas nak keluar..tapi kalau kau nak belanja makan aku ikut...” Shima mula mengusik. Saja dia ingin mengenakan rakannya itu.
“Em..ajak teman pun mintak upah...em ye lah nanti aku belanja kau makan nasi lemak dengan kopi o jer...”
“..kedekut kau ye..duit banyak-banyak buat apa cik Ayu oii...”
“Aku nak simpan la nak wat majlis kawin aku kat hotel besor...”
“Em..ye lah tuh...jap aku siap. Kau tunggu kat kereta ea..” Shima bangun cepat-cepat dan berlalu dari situ.
“Aku nak kahwin dengan sapa?..pak we pun dah lari...”...detik hatinya. Sejak Amin pergi dia terus sendirian. Minatnya yang mendalam dalam bidang andaman direalitikan hingga berjaya. Kini dia sudah mampu mempunyai pelanggan sendiri. Butik kecil yang dimilikinya atas titik peluhnya sendiri diusahakan dengan penuh gigih. Shima yang menjahit sepenuh masa juga mempunyai kedai jahit memudahkan lagi urusannya. Sahabat itu lah yang banyak membantu mempromosikan butik andamannya. Sesungguhnya dia banyak terhutang budi.
************************************************
“Hai! Kak Ayu!...” Tiba-tiba panggilan itu mematikan langkah mereka yang sedang asyik membelek-belek bunga dari satu gedung. Kedua-duanya menoleh ke arah si pemanggil. Kelihatan seorang gadis manis berpakaian ringkas dengan ditemani ibunya merapati mereka.
“Eh, Mira..apa khabar?..Mak Nah, apa khabar?...” Ayuni bersuara dan mereka bersalaman. Dari mana ni?..sambungnya.
“Dari pasar tadi, dan terus ke gedung ni nak cari barang kahwin..” Mira bersuara perlahan sambil tersipu. Manis senyumannya jelas kebahagiaan yang bakal ditempuh.
“Oh dah nak kahwin dah Mira ni...” Shima pula bersuara.
“Alhamdulillah kak...tu yang tadi sebelum ke pasar kami singgah rumah akak tapi bertutup rapat, jadi kami ke pasar dulu tak sangka jumpa akak di sini, rezeki kami la..” terang Mira. Senyumnya makin melebar.
“Bila tuh?..” Tanya Ayuni dengan hati berbunga. Syukur rezekinya tak penah henti.
“ Cuti sekolah bulan depan Kak Ayu?..boleh tak?..alah boleh la ye...” suara Mira penuh mengharap.
“Oh cuti sekolah akak belum ada tempahan lagi, Insyallah. Esok Mira datang butik akak bawah bakal suaminya sekali ye.”
“Err..kak Ayu, ni nak tempah untuk dua pengantin kak Ayu..”
“Dua?”...Mira angguk lantas menyambung, “ Ingat tak Kakak Long Mira yang kerja kat Shah Alam tuh?...”
“Maria ker ?“ Giliran Shima pula menyampuk. Anggukan Mira membuatkan Ayuni tersenyum. “Ya Allah, lama akak tak jumpa Maria, dah nak kahwin dia...em dapat orang mana Mira? Pak we dia yang dulu tuh jugak ker?..” Tiba-tiba jelas terbayang wajah Hamdan yang digelar pelajar skema kerana sentiasa berbutang baju hingga ke leher. Teman rapatnya tika itu adalah Amin yang sentiasa membela jika ada yang cuba membuli Hamdan. Dek kerana sikap tanggungjawab Amin itulah dia mula berkenan dan hubungan mereka pun terjalin.
“Ah!..berangan lagi la tuh!...” Shima menepuk bahu Ayuni membuatkan Ayuni tersentak lagi. Tepukan itu dibalas dengan hilai tawa Mira dan Mak Nah yang sejak tadi hanya membisu.
“Sakit lah Ma, kau nih....dah lah..kita dah lambat ni...eh Mira, esok akak tunggu Mira di Butik ye...” Ayuni memotong gelak tawa itu sambil mengusap tempat yang ditepuk Shima tadi. Memag terasa pedih sedikit, namun dia mengeti rakannya itu memang kasar sedikit gurauannya.
“Em..Kak Ayu, Mira cuma bawa tunang Mira je ye, lagipun saiz badan bakal suami Kak Long sama jer dengan saiz tunang Mira..”
“Em, tak kisahlah tuh, kita jumpa esok ye, Assalamualaikum..” Mereka bersalaman dan Ayuni meneruskan cariannya yang terbantut tadi.
“Em, Maria dah nak kahwin dah, kau tu bila pulak?...” Shima bersuara tatkala mereka masuk dalam perut kereta.
“Aku tunggu Amin....” Lancang sekali mulutnya berkata demikian. Air matanya sedikit berair bagai menjelaskan betapa dia merindui lelaki itu.
“Mana tau dia jadi pengapit Hamdan.....”sambungnya. Dia menghela nafas panjang bersama harapan dan kerinduan yang tidak terkata. Dia sudah berkira-kira jika Amin yang akan menjadi pengapit Hamdan dia akan berterus terang dengan apa yang telah berlau itu adalah salah faham dan mereka akan sama-sama menjadi pengapit kedua mereka kerana itu janji mereka. Hatinya mula berbunga. “Ya Allah, kau berikan lah kebahagiaan ini...” doanya dalam hati.
************************************************
Tiba masa hari yang dinantikan, Ayuni bersiap-siap untuk ke rumah Mira. Hari ini adalah hari bersejarah buat Mira dan yang penting sahabatnya Maria. Sebelum ini mereka pernah berhubung seketika tetapi tidak dapat berbual lama kerana Ayuni sibuk melayan pelanggan di butik. Mereka hanya berjanji akan bertemu di hari penikahan. Dan yang paling Ayuni seronok Maria menyatakan Amin turut hadir.
“Assalamualaikum...Ayuni bersama Shima sudah terpacul di pintu bilik Pengantin.
“Eh, Maria mana?..” Tanya Ayuni apabila melihat hanya Mira yang bertemankan seorang rakaan yang akan menjadi pengapitnya.
“La..Kak Long di biliknya la Kak Ayu, mana boleh syer....hihi..” Mira bersuara sambil tersenyum sipu.
“Oh ye tak ye jugak eh...., em akak soleh Mira dulu lah ye, nikah jam berapa?” Ayuni mula mengeluarkan perkakas solekannya.
“Jam 10.00 pagi kak...tapi solek ni jangan tebal sangat ye kak...” Beritahu Mira sambil beralih ke kerusi yang telah dikhaskan untuk diandam. Shima sebagai pembantu hanya diam sambil sibuk mengeluarkan baju persalinan yang akan dipakai untuk majlis bersejarah mereka.
“Insyallah sempat, solek natural jer tak lama..” kata Ayuni sambil memulakan tugasannya.
Selesai menyiapkan Mira Ayuni dan Shima beralih ke bilik Maria yang sedang sedia menunggu.
“Hi Mar....Selamat Pengantin Baru...” Mereka berpelukan. Maria hanya tersenyum dan mereka tidak banyak berbual kerana Mak Nah telah memaklumkan pengantin lelaki telah bergerak ke rumah mereka.
“Semoga kau bahagia Mar....” bisik Ayuni setelah selesai menyiapkan rakannya itu.
“Kau jangan lah nampak sedih aje, penat aku solek nak bagi kau nampak berseri...” Ayuni mengusik dan dia hairan sejak mereka bertemu tidak banyak yang mereka bualkan. Maria lebih selesa tersenyum dan selebihnya dia hanya berdiam. Ayuni dan Shima yang banyak berceloteh.
“Kak Long...dah siap?..tiba-tiba Mira yang cantik berpakaian nikah menjengah di muka pintu.
“A’ah..dah..pengantin lelaki dah sampai ker?..” Ayuni yang bersuara lantas tangannya memimpin tangan Maria untuk dibawa ke ruang hadapan untuk acara pernikahan. Tiba-tiba Ayuni terasa Maria membalas genggaman itu dengan erat sekali. Ayuni menoleh kearah Maria sambil mengangkat kening takut-takut ada yang tertinggal.
“Aku minta maaf Ayu...” Dia melihat air mata Maria mula bergenang.
“Eh, kenapa pulak nih?..tak mengapa lah, aku perasan kau tak banyak cakap tadi, mesti kau penat dan gugup kan...tak pe aku duduk sebelah kau ye...” Ayuni menenangkan dan mereka melangkah ke luar. Maria mengambil tempat di belakang Mira. Ayuni ingin sekali memandang ke arah pihak pengantin lelaki tetapi niatnya dibatalkan takut orang yang memandang berkata apa pula.
“Assalamualaikum, kepada semua yang hadir. “ Kedengaran suara Pak Imam memulakan majlis dengan menggunakan pembesar suara.
“Majlis pernikahan yang akan berlangsung pada hari ini adalah antara Encik Amin Muazim bin Jamaluddin dengan Cik Maria Alia binti Salleh dan pasangan Encik Mohd Hafiz bin Mohd Ghazali dengan Cik Mira Ashikin binti Salleh. Semoga majlis ini akan berjalan dengan selamat”
Tanpa berlengah Ayuni terus mengangkat muka mencari wajah Amin Muazim yang diperkenalkan sebagai pengatin lelaki yang akan dinikahkan dengan Maria. Jantungnya berdegup kencang tatkala mereka berpandangan antara satu sama lain. Ayuni terduduk dan air matanya tidak dapat dikawal lagi. Maria yang sejak tadi ingin menerangkan hanya mampu menangis dan tersedu. Tatkala acara membatalkan air sembahyang, sekali lagi Ayuni berpandangan dengan Amin Muazim. Hairan di manakah Hamdan yang tidak kelihatan seperti yang dijangkakan.
*****************************************
Sudah seminggu Ayuni tidak ke butik. Puas Shima memujuk agar melupakan segala yang berlaku dan anggaplah ini adalah takdir Tuhan. Ayuni memejam mata erat. Masih jelas terpandang bagaimana dia menyiapkan Amin Muazim yang akan bersanding dengan sahabatnya Maria.
“Ami minta maaf Ayu....Ami terpaksa demi sahabat kita...” Amin Muazim bersuara perlahan tika Ayuni membetulkan tanjak di kepala. Ayuni tetap membisu. Entah dari mana datangnya kekuatan Ayuni tika itu sedangkan semasa acara pembatalan air sembahyang dia serasa dirinya di awangan dan hilang dari alam nyata. Bagai tidak percaya Amin Muazim menyarung cincin ke jari manis Maria dan bukan di jari manisnya.
“Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir...arwah Hamdan meminta Ami menggantikan tempatnya menjaga Maria. Ami tak mampu menolak masa tu..” Esakan Maria semakin kuat tatkala mendengar penjelasan Amin Muazim kepada Ayuni.
Ayuni dimaklumkan oleh Mira bahawa Maria telah bertunang dengan Hamdan setahun yang lalu. Namun jodoh mereka tak panjang, Hamdan yang tika itu mengidap penyakit kanser usus telah berada di tahap 4 dan tidak dapat diselamatkan lagi. Air mata Ayuni mengalir lagi. Dia sendiri tidak pasti air mata untuk siapakah ini. Adakah kerana sedih mengenangkan Hamdan yang telah pergi menemui Ilahi atau air mata kesedihan kerana impian yang diharapkan telah musnah dan yang tinggal hanya kerinduannya yang bersisa kini.
MIA MYZA...
Pemergianya sebelom halal bersama,andai sidahnhalal Dansentiasa bwrsama dimana Aja, be,kehidupan sang sewel meerempoh hidup pasti firasai
ReplyDelete